INDUSTRI motosikal semakin berkembang pantas dengan kehadiran banyak produk baharu daripada pelbagai segmen. Setiap kali diperkenalkan, pasti model baharu itu dikaitkan dengan trend ciplak, terutama jika pengeluar tersebut dari China.
Ini termasuklah Gaokin Flame 500 yang dikatakan meniru streetfighter Suzuki GSX-S1000 (2021). Adakah benar itu satu lagi motosikal klon yang sentiasa distereotaipkan dengan jenama dua roda dari China?
BACA >>> BMW Motorrad Mahu Siasat Sportbike Klon S1000RR dari China
Cerita Gaokin Flame 500 (foto atas) meniru Suzuki GSX-S1000 mula menular di China apabila beberapa media mendakwa kedua-dua model itu memiliki persamaan dari segi fizikal, terutama rekaan lampu depan. Tambahan lagi Gaokin ialah pengeluar baharu di China yang tiba-tiba muncul menghasilkan motosikal kuasa besar.
Pada Mei lalu, bocor beberapa foto dan dokumen paten streetfighter yang dikatakan buatan Gaokin dengan lencana Brixton. Gaokin dilaporkan terlibat dalam pengeluaran produk asal Britain tersebut yang pada masa itu menggunakan kod nama GK 500-2.
Foto tular itu turut mendedahkan warna model, biru-perak dan sekurang-kurangnya satu unit sudah siap dibina atau masih di peringkat pengeluaran.
Suzuki GSX-S1000 (foto atas) pula diperkenalkan ke pasaran dunia sekitar akhir April 2021 lalu. Sebenarnya, sukar untuk Gaokin meniru rekabentuk model Jepun itu dalam tempoh sekitar 15 hari dan menyiapkannya seperti model pengeluaran. Mungkinkah kebetulan rekabentuk kedua-duanya hampir sama?
BACA >>> Suzuki GSX-S1000 (2021) Lancar untuk Pasaran Global, Harga RM62.5k!
Jika diteliti, ada perbezaan ketara rekabentuk komponen digunakan dua model itu. Flame 500 dipercayai menggunakan frem Brixton Crossfire 500, dengan swingarm diperbaharui dan tambahan pelindung badan plastik.
Lampu depan Flame 500 juga berbeza berbanding streetfighter Suzuki itu. Perbezaan lain ialah peg kaki dan sistem suspensi.
Selain itu, Flame 500 dikatakan menggunakan trenkuasa dwi-silinder sebaris 486cc mirip Honda CB500, berkuasa 49.6hp. Ciri lain ialah sistem lampu LED penuh, sistem brek cakera dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan panel meter digital.
BACA >>> 10 Motosikal China 'Copy Ori' yang Serupa Tapi Tak Sama
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Rahsia Kunci Pintar Motosikal yang Mungkin Anda Tidak Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Benda yang Perempuan Selalu Simpan dalam Kereta?
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Mudah Atasi Masalah Grip Hendal Motosikal Longgar
SUMBER: WarungAsep | BikeSocial
Leave a Reply