• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Silap Pilih Tayar, Rossi Anggap Aksi GP Catalunya Sangat Negatif

Silap Pilih Tayar, Rossi Anggap Aksi GP Catalunya Sangat Negatif

June 9, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

612
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PELUMBA legenda, Valentino Rossi mengakui dia mengharapkan sesuatu yang lebih daripada dirinya pada perlumbaan di Catalunya, sambil menyifatkan prestasi minggu lalu sebagai sangat negatif.

Pelumba Petronas Yamaha SRT itu bergelut dengan prestasi setakat musim ini, tetapi masih menunjukkan peningkatan pada pusingan kelayakan minggu lalu apabila berjaya memasuki Q2. Bagaimanapun, ini baru kali ketiga dia berjaya memasuki pusingan tersebut musim ini.

BACA >>> Rossi Tentukan Masa Depan Musim Panas Ini

Walaupun bermula di grid ke-11, Rossi sangat yakin mampu beraksi cemerlang dengan pemilihan tayar belakang keras, tetapi keputusan itu nyata memakan diri apabila gagal mendapatkan kelajuan sepanjang perlumbaan dengan kehilangan 0.6 saat setiap lap.

Kesukaran dialami Rossi akhirnya mencapai kemuncak apabila tayar belakang mula bergegar hingga menyebabkan dia terjatuh di selekoh 10 pada lap 17.

Perlumbaan yang sangat negatif sebab kami harap lebih lagi sebab pagi tu pace aku laju jugak. Aku duk ingat tayar keras sesuai, tapi masa race tak ada grip la pulak.”

Rakan pasukan Rossi, Franco Morbidelli turut mengalami masalah sama dengan tayar belakang walaupun laju pada aksi latihan, dan akhirnya terpaksa berpuas hati di tempat kesembilan. 

Tuah nyata tidak menyebelahi Yamaha pada perlumbaan di Catalunya minggu lalu apabila tiada satu jentera pun berjaya meraih podium.

Quartararo yang awalnya menamatkan perlumbaan di posisi ketiga diturunkan hingga tempat keenam selepas dikenakan penalti 6 saat atas dua kesalahan. Maverick Vinales satu-satunya pelumba Yamaha paling cemerlang di Sepanyol apabila menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

BACA >>> Petronas SRT Mula Cari Pengganti Rossi, Morbidelli Akan Dapat Jentera Kilang?
BACA >>> Rossi: Quartararo yang Buat Yamaha Berbeza

SUMBER: Motorsport.com

Related

612
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Fabio Quartararo, franco morbidelli, Maverick Viñales, Monster Energy Yamaha, MotoGP 2021, Petronas Yamaha SRT, The Doctor, Valentino Rossi, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev