• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah Penghantar Makanan Paling Laju Dunia, Naik Kawasaki Ninja H2!

Inilah Penghantar Makanan Paling Laju Dunia, Naik Kawasaki Ninja H2!

June 9, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

422
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

EKONOMI gig seperti servis penghantaran makanan semakin berkembang pesat ketika ini di seluruh dunia. Jika Malaysia ada FoodPanda dan Grab Food, di India pula ada Swiggy yang menawarkan perkhidmatan menghantar makan menerusi pesanan secara atas talian.

Agak normal untuk kita lihat servis ini dihantar menggunakan motosikal jenis kapcai, tetapi lain pula cerita di India apabila seorang vlogger ini menghantar makanan dipesan pelanggan dengan menunggang Kawasaki Ninja H2.

BACA >>> 12 Fakta Menarik Tentang Kawasaki Ninja H2R yang Perlu Anda Tahu

Video itu dimuat naik YPM Vlogs dengan mendapat hampir sejuta tontonan. Video dimulakan detik lelaki itu mendaftar menjadi penunggang Swiggy dan mendapatkan kemeja-T berserta beg penghantaran.

Dia kemudian keluar bekerja untuk  mengambil dan menghantar pesanan makanan menggunakan hyperbike tersebut selama hampir tiga jam. 

Ninja H2 ialah model terhebat pernah dikeluarkan Kawasaki dan juga satu-satunya motosikal dengan enjin supercas. Spesifikasi Ninja H2 dikuasakan enjin 998cc 4-silinder supercas yang menghasilkan 227hp @ 11,500rpm dan tork 141.7Nm @ 11,000rpm serta dipadankan transmisi manual 6-kelajuan.

Harga hyperbike itu di India juga sangat tinggi hingga mencecah hampir setengah juta ringgit!

BACA >>> Kawasaki H2R Jadi Motosikal Super Mewah di India, Harga Cecah Setengah Juta Ringgit!
BACA >>> Kawasaki Rancang Hasilkan Super Cruiser Vulcan H2?

SUMBER: IndiaTimes.com

Related

422
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: e-Hailing, food delivery, Food Panda, Grab Food, Hyperbike, India, Kawasaki H2, Kawasaki Ninja H2, superbike, swiggy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev