• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Quartararo: Aku Patut Kena 'Black Flag'

Quartararo: Aku Patut Kena 'Black Flag'

June 8, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

256
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA Yamaha Monster Energy, Fabio Quartararo mengakui dia sepatutnya dikenakan bendera hitam (black flag) kerana berlumba dengan sut terbuka di GP Catalan, hujung minggu lalu.

Sut Quartararo terbuka hingga menampakkan dadanya ketika saingan berbaki lima pusingan yang menyaksikan pelumba Perancis itu menamatkan perlumbaan tanpa pelindung dada.

BACA >>> Quartararo: Aku Pun Tak Tau Sebab Apa Zip Terbuka

Situasi tersebut menyebabkan dia dikenakan penalti tiga saat, dan ditambah tiga saat  kerana melakukan satu lagi kesalahan iaitu menggunakan jalan pintas (shortcut) pada lap akhir di selekoh pertama.  Kesudahannya, dia terpaksa berpuas hati meraih kedudukan keenam walaupun menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. 

Dalam temu bual bersama Autosport, Quartararo bersetuju dia memang patut dikenakan bendera hitam dan dibatalkan penyertaan kerana aksi dilakukannya itu sangat berbahaya. Lebih-lebih lagi ketika dunia permotoran dikejutkan dengan insiden maut menimpa pelumba Moto3, Jason Dupasquier beberapa minggu lalu.

BACA >>> Kenapa Quartararo Kibar Bendera Switzerland di Podium?

Betullah, bila aku tengok balik apa dah jadi, aku terpaksa mengaku walaupun payah, memang patut aku kena 'black flag' pun.”

Walaupun percaya kesalahan itu patut dihukum, tetapi pada masa sama Quartararo membantah penalti yang diberikan untuk kesalahan pertama.

Menurutnya, jalan pintas tidak memberikan sebarang kelebihan. Malah selekoh tersebut bukan jalan pintas. Katanya lagi, pelumba sepatutnya diberikan sedikit kelonggaran kerana peraturan yang terlalu ketat boleh mengurangkan keseronokan berlumba.

BACA >>> Marquez: 7 Lap Terbaik Lebih Bagus daripada Tamatkan Perlumbaan Tempat ke-12
BACA >>> Petronas SRT Mula Cari Pengganti Rossi, Morbidelli Akan Dapat Jentera Kilang?

SUMBER: Autosport.com

Related

256
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, catalan gp, catalunya, Fabio Quartararo, Fabio Quartararo Buka Zip, GP Catalan, GP Sepanyol, MotoGP, MotoGP 2021, roda2, Yamaha Monster Energy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my