PELUMBA Portugal, Miguel Oliveira (Red Bull KTM) memberikan kemenangan pertama buat KTM musim ini apabila beraksi cemerlang dalam pusingan ketujuh Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 di GP Catalunya, sebentar tadi.
Tempat kedua menjadi milik Johann Zarco (Pramac Racing), disusuli Jack Miller (Ducati Lenovo Team), ketiga.
Namun, kemenangan Oliveira tidak datang mudah kerana perlu berhempas-pulas merampas kedudukan pertama di awal perlumbaan daripada Miller sebelum bersaing pula dengan Zarco dan Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha) sepanjang perlumbaan.
Quartararo pula sedikit bergelut pada awal perlumbaan, tetapi dapat mengejar semula barisan pelumba depan untuk bersaing podium pertama.
Pelumba Perancis itu juga dirakamkan beraksi pelik apabila membuang pelindung dada dan berlumba dengan zip terbuka. Dia asalnya dikenakan penalti tiga saat kerana melakukan kesalahan menggunakan laluan pintas (shortcut) di selekoh pertama lap akhir, sekali gus hilang tempat ketiga kepada Miller.
KEMAS KINI!!!
Selepas sesi podium berakhir, Quartararo hilang lagi tiga saat selepas diprotes pasukan lawan yang menggesa penyelia perlumbaan FIM MotoGP Stewards Panel mengenakan penalti kerana berlumba dengan zip sut lumba terbuka dan tanpa pelindung dada atas faktor keselamatan.
Keputusan terbaharu itu langsung membuatkan pelumba Monster Energy Yamaga itu tergelincir tempat ke-6.
BACA >>> Rossi: Quartararo yang Buat Yamaha Berbeza
BACA >>> Kenapa Quartararo Kibar Bendera Switzerland di Podium?
Malang terus menimpa Marc Marquez (Repsol Honda) yang terjatuh buat kali ketiga berturut-turut, juga kali pertama menimpa kariernya. Situasi sama juga dialami pelumba Petronas Yamaha SRT, Valentino Rossi dan Aleix Espargaro (Aprilia Gresini). Ketiga-tiga pelumba tersebut terjatuh di selekoh ke-10.
HAFIZH KE-20
Dalam perkembangan lain, pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin (NTS RW Racing GP) sekadar berpuas hati dengan tempat ke-20. Dia yang bermula di grid ke-20 sempat beberapa ketika berada di kedudukan ke-17 dan 18 sebelum tergelincir hingga ke tempat ke-26, disyaki mengalami masalah jentera.
Bagaimanapun, pelumba negara itu nekad mendapatkan kedudukan terbaik dengan merebut semula tempat ke-18 ketika pusingan berbaki dua pusingan sebelum terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat ke-20.
Saingan Moto2 di Sepanyol ini dimenangi Remy Gardner (Red Bull KTM Ajo), diikuti rakan pasukan, Raul Fernandez, manakala Xavi Vierge (Petronas SRT), ketiga.
Sementara itu, perlumbaan Moto3 menyaksikan Sergio Garcia (Aspar Team) memenangi perlumbaan diikuti Jeremy Alcoba (Gresini Racing) dan Deniz Öncü (Tech3), ketiga.
BACA >>> Gardner ke MotoGP Musim Depan, Sertai KTM Tech3!
BACA >>> Bos F1: MotoGP, F1 Perlu Kerjasama
KEPUTUSAN GP CATALAN 2021
- Miguel Oliveira POR Red Bull KTM (RC16) 40m 21.749s
- Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP21) +0.175s
- Jack Miller AUS Ducati Team (GP21) +1.990s
- Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +5.325s
- Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) +6.281s
- Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) +7.815s
- Francesco Bagnaia ITA Ducati Team (GP21) +8.175s
- Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) +8.378s
- Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +15.652s
- Enea Bastianini ITA Avintia Ducati (GP19)* +19.297s
- Alex Marquez SPA LCR Honda (RC213V) +21.650s
- Luca Marini ITA Sky VR46 Avintia Ducati (GP19)* +22.533s
- Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +27.833s
- Jorge Martin SPA Pramac Ducati (GP21) +29.075s
- Lorenzo Savadori ITA Aprilia Gresini (RS-GP)* +40.291s
- Iker Lecuona SPA KTM Tech3 (RC16) DNF
- Valentino Rossi ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) DNF
- Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) DNF
- Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) DNF
- Danilo Petrucci ITA KTM Tech3 (RC16) DNF
- Pol Espargaro SPA Repsol Honda (RC213V) DNF
Leave a Reply