• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cedera Jatuh Basikal, Alex Rins Terlepas Aksi Catalunya Minggu Ini

Cedera Jatuh Basikal, Alex Rins Terlepas Aksi Catalunya Minggu Ini

June 4, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


PELUMBA Suzuki Ecstar, Alex Rins bakal terlepas aksi laman sendiri di Catalunya, hujung minggu ini selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh basikal ketika sesi latihan, semalam.

Kemalangan itu menyebabkan pelumba Sepanyol itu cedera lengan kanan dan terus dibawa ke Hospital Universiti Dexeus di Barcelona untuk pemeriksaan lanjut. Pihak hospital mendapati terdapat keretakan pada bahagian tulang radius dan bakal menjalani pembedahan hari ini. 

BACA >>> Quartararo Tak Tercabar di Mugello, Marquez Jatuh Lagi!

Pada masa sama, Rins juga dikesan mengalami hentakan kranial dalam kemalangan di Mugello minggu lalu. Bagaimanapun, pemeriksaan CT Scan menunjukkan itu cuma kecederaan ringan dan tidak perlu dibimbangkan.

Rins menampilkan aksi baik sebelum terjatuh di lap ke-19, minggu lalu

Pengarah Unit Pembedahan Tangan dan Mikrosurgeri, Dr Xavier Mir berkata, ada dua pilihan untuk merawat Rins, iaitu pertama, membalut bahagian tulang retak dengan plaster yang mengambil masa empat hingga enam minggu untuk pulih, dan kedua, melakukan pembedahan yang juga pilihan terbaik.

Setakat ini, tiada kepastian berapa lama masa diperlukan Rins untuk pulih.

Rins menghadapi permulaan musim yang sangat berliku apabila terjatuh empat kali berturut-turut, termasuk pada aksi GP Mugello minggu lalu. Dia yang disebut sebagai pesaing utama musim ini sedang cuba memahami apa yang berlaku dan mengakui situasi tersebut sebagai tidak normal.

BACA >>> Rins Akui Buat Silap Bodoh Sampai Jatuh 4 Kali dalam 3 Perlumbaan Akhir
BACA >>> Mir: Penalti Had Trek Pusingan Akhir Patut Lebih Manusiawi

SUMBER: Cyclenews.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alex Rins, Joan Mir, MotoGP, Suzuki Ecstar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev