• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ahli Kad Petron Miles Boleh Derma Mata Ganjaran Buat Keluarga Kurang Nasib Baik

Ahli Kad Petron Miles Boleh Derma Mata Ganjaran Buat Keluarga Kurang Nasib Baik

June 3, 2021 By Abang GYL Leave a Comment

383
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PETRON Malaysia
dengan bekerjasama Yayasan MyKasih memperkenalkan program 'PetronMyKasih Jom Derma' yang membolehkan pemegang kad Petron Miles (PMiles) menderma mata ganjaran kepada keluarga kurang bernasib baik.

Bermula 7 Mei - 31 Ogos 2021, setiap mata ganjaran PMiles yang disumbangkan akan ditukarkan kepada nilai matawang sebelum diserahkan kepada Yayasan MyKasih.

Menerusi Yayasan itu, keluarga yang tergolong dalam kumpulan pendapatan isi rumah B40 boleh membeli bahan makanan dan barang keperluan di lebih 250  kedai runcit seperti Mydin, Tesco, Giant, Econsave, The Store, Aeon, 99 Speedmart dan TF Value Mart.

BACA >>> Operator Kilang Derma RM17k Hasil Jualan Yamaha RX-Z, Kawasaki RR untuk Palestin

Berikut nilai tukaran mata ganjaran selepas ditukarkan kepada tunai:

  • 500 mata PMiles bersamaan RM5.
  • 1,000 mata PMiles bersamaan RM10.

Pelanggan boleh menyumbang RM5 dan RM10 secara berterusan melalui kaunter jualan di semua stesen minyak Petron.

Yayasan MyKasih ialah pertubuhan amal yang diluluskan Kerajaan. Ditubuhkan pada 2009, Yayasan ini sudah menyalurkan sumbangan bernilai RM280 juta kepada lebih 300,000 isi rumah dan pelajar berpendapatan rendah seluruh negara.

Pelanggan Petron yang menderma menerusi program itu akan diberikan resit bagi setiap sumbangan yang disalurkan. Program 'PetronMyKasih Jom Derma' dijalankan di semua stesen Petron seluruh negara.

Maklumat lebih lanjut boleh layari www.petronmiles.com.my.

BACA >>> Tular Ford GT Biru Isi Minyak di Johor, Rupanya Milik...
BACA >>> #TahukahAnda: 4 Tanda Anda Kena Tukar Penapis Minyak

Related

383
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kad Petron Miles, mata ganjaran petron, mata ganjaran PMiles, mata petron, Petron Malaysia, PetronMyKasih Jom Derma, stesen minyak petron, yayasan mykasih

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my