• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rossi: Quartararo yang Buat Yamaha Berbeza

Rossi: Quartararo yang Buat Yamaha Berbeza

June 3, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA YZR-M1 yang dikritik pelumba sendiri musim lalu kini menunjukkan kemampuan bersaing dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 menerusi kemenangan diraih duoYamaha Monster Energy, Maverick Vinales dan Fabio Quartararo pada aksi pembukaan GP Qatar, Mac lalu. 

Jentera Yamaha sudah memenangi empat daripada enam perlumbaan setakat ini, termasuki mendahului ranking keseluruhan dengan beza 24 mata daripada pelumba tempat kedua. Terima kasih patut ditujukan kepada aksi hebat Quartararo.

BACA >>> Quartararo Tak Tercabar di Mugello, Marquez Jatuh Lagi!

Apa menakjubkan, tiada jentera Yamaha lain yang dapat merebut podium selain Quartararo sejak GP Qatar bermula. Paling dekat hanya M1 spesifikasi lama yang ditunggang Franco Morbidelli (Petronas Yamaha SRT) apabila mendapat podium di Jerez.

Pelumba Yamaha lain jelas ketinggalan di belakang Quartararo dalam ranking keseluruhan. Pesaing terdekat ialah rakan pasukan, Vinales di tempat keenam dengan beza 41 mata.

BACA >>> Kenapa Brek Brembo Vinales Boleh 'Kong'?

ROSSI PUJI QUARTARARO

Mengulas mengenai situasi tersebut, pelumba legenda, Valentino Rossi memuji kejayaan Quartararo menjuarai GP Itali minggu lalu walaupun pelumba Yamaha lain gagal memberikan saingan hebat di litar tersebut

Aku rasa Quartararo yang buat perbezaan. Ini bukan kali pertama dia perform. Kat Qatar dia perform, kat Portugal pun perform. Kat Jerez perform juga, cuma tangan dia problem, kemudian kat Le Mans macam susah sikit la untuk Yamaha.

Puji Rossi lagi, Quartararo ialah calon utama untuk kejuaraan musim ini jika pelumba Perancis itu dapat pulih sepenuhnya daripada kecederaan arm pump dialami.

Menurut juara dunia sembilan kali itu, hanya Francesco Bagnaia yang mampu menyaingi Quartararo di Mugello minggu lalu, tetapi terjatuh di pusingan kedua. 

Jika Marc Marquez pernah membuatkan jentera RC213V tampil berbeza untuk Honda, mungkinkah kali ini giliran Quartararo pula menjadikan YZR-M1 berbeza buat Yamaha?

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Kecederaan 'Arm Pump' dalam MotoGP yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Lengan Sakit Punca Prestasi Quartararo Merosot Mengejut

SUMBER: Crash.net

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Fabio Quartararo, Francesco Bagnaia, franco morbidelli, Maverick Viñales, MotoGP, Mugello, Petronas Yamaha SRT, Valentino Rossi, Yamaha M1, Yamaha Monster Energy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev