• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jerman Bakal Haramkan Petrol, Diesel Menjelang 2030, Sasar 95 Peratus Bebas CO2

Jerman Bakal Haramkan Petrol, Diesel Menjelang 2030, Sasar 95 Peratus Bebas CO2

October 10, 2016 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter

jerman-emisi-sifar
ANGGOTA dewan perundangan Jerman baru saja meluluskan resolusi untuk mengharamkan jualan enjin pembakaran dalaman di seluruh negara anggota Kesatuan Eropah(EU) menjelang 2030 dan hanya kenderaan emisi sifar akan dibenarkan dijual di pasaran pada masa itu.

Resolusi berkenaan didedahkan majalah berita Jerman, Der Spiegel pada Sabtu lalu, manakala laporan berbahasa Inggeris boleh dibaca di Forbes. Resolusi tersebut dilaporkan diluluskan Bundesrat, iaitu dewan perundangan (sama seperti Dewan Negara)  yang mewakili 16 negeri dalam Jerman.

Resolusi tersebut merayu Suruhanjaya EU supaya mengharamkan jualan kenderaan baharu  yang dikuasakan enjin pembakaran dalaman sama ada petrol atau diesel bermula 2030. Bagaimanapun, kenderaan yang dijual sebelum pengharaman itu masih dibenarkan beroperasi, cuma selepas 2030 semua kenderaan janaan bahan api fosil akan diharamkan di EU.

Menurut jurnalis automotif terkenal, Bertel Schmitt seperti dicoretkan dalam Forbes, Bundesrat sebenarnya tiada kuasa untuk memberi arahan kepada EU, termasuk menuntut perubahan ke atas peraturan pengangkutan sedia ada di rantau itu. Namun, sebagai kerajaan besar dan kuasa ekonomi EU, keputusan Berlin mampu memberikan pengaruh besar terhadap EU dan Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Eropah (UNECE).

SEMAK SEMULA CUKAI BAHAN API

mercedes-generation-eq

Menurut Der Spiegel, resolusi Bundesrat menyarankan Suruhanjaya EU supaya menyemak amalan percukaian terkini dan menumpukan kepada rangsangan kenderaan bebas emisi dengan meningkatkan insentif kepada pengeluar.

Ini termasuk mengubah amalan sedia ada yang mengenakan cukai rendah terhadap bahan api diesel, iaitu keputusan yang pernah dibuat EU beberapa tahun lalu bagi menggalakkan penggunaan kenderaan diesel dalam usaha mengurangkan penggunaan bahan api di seluruh negara anggota EU.

Keputusan Bundesrat seiring Perjanjian Iklim Paris, iaitu perjanjian PBB yang berhasrat memerangi masalah emisi gas rumah hijau bermula 2020. Justeru, bagi memenuhi perjanjian tersebut, Jerman mesti cuba mengurangkan pencemaran karbon dioksida (CO2) sebanyak 95 peratus menjelang 2050.

Sebagai makluman, industri automotif Jerman membentuk 2.7 peratus pertumbuhan produk domestik negara itu, manakala kenderaan dan komponen kenderaan merangkumi 20 peratus eksport negara. Ketika laporan ini disiarkan, masih tiada sebarang reaksi atau maklum balas daripada pihak pengeluar berhubung resolusi berkenaan.

SUMBER: RoadandTrack

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: akhbar Der Spiegel, Auto Terkini, bebas emisi, Bertel Schmitt, Bundesrat, diesel, emisi sifar, Forbes, Jerman, Jerman haramkan petrol

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev