• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Zongshen Cyclone RG3 (2021) - Sport Touring 400cc dengan Gaya Abang Besar

Zongshen Cyclone RG3 (2021) - Sport Touring 400cc dengan Gaya Abang Besar

May 27, 2021 By Aryon Leave a Comment

963
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL segmen sport touring biasanya tampil dengan enjin bersesaran besar dan cukup bertenaga untuk membolehkan penunggang menempuh perjalanan jarak jauh.

Namun, kebelakangan ini jentera sport touring tidak lagi diminati atas kemampuan melakukan tunggangan enduran semata-mata. Lagipun bagi penunggang Asia, jarak bandar, negeri atau negeri tidak sejauh seperti tempat di Amerika dan Eropah. Jadi tiada keperluan untuk mereka memiliki jentera berkapasiti besar.

BACA >>> Honda CRF1100 Africa Twin (2020) Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM99k
BACA >>> Zero SR/S - Sport Touring EV dengan Jarak Tunggangan Bandar Sejauh 259km

Mungkin itu alasan Zongshen Motorcycle menghasilkan sport touring terbaharu, Cyclone RG3 (2021) selepas sebelum ini melancarkan RX6 dan RE3.

Cyclone RG3 (2021) ialah model ketiga tahun ini yang diperkenalkan untuk pasaran domestik China. Menariknya, model ini dibekalkan enjin sesaran kecil dengan rekabentuk mirip Kawasaki ZX-10R baharu yang dapati dikesan pada lampu depan.

Rekabentuk tangki petrol dan perincian lain juga mengingatkan kita kepada sportbike Kawasaki yang berentap dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) dan apa berbeza ialah dimensi fizikal.

BACA >>> Ryuka Save II S (2021) - Klon Honda Wave Alpha Lancar di Thailand, Harga RM4k

Namun, itu bukan bermakna sport touring kecil ini tidak canggih. Berikut ciri dimiliki Cyclone RG3 (2021):

  • Dilengkapkan lampu depan LED penuh, bar hendal lebar dan set pelana selesa untuk penunggang dan pembonceng.
  • Posisi visor angin diletakkan tinggi dan siap dipasangkan kamera atas lampu depan
  • Panel meter jenis TFT digital bersaiz 6.75 inci.
  • Trenkuasa dijana enjin 4-lejang 4-injap 2-silinder TC400 401cc penyejukan cecair berkuasa 42hp @ 9,500rpm dan tork 34Nm @ 8,000rpm, manakala kelajuan maksimum 155kmj. Sistem transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.
  • Memiliki tinggi pelana 780mm, jarak lega bumi 165mm, jarak roda 1,390mm, dan radius belok 32.5º.
  • Kapasiti tangki petrol 21 liter.
  • Bahagian brek dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

BACA >>> Cupra e-Racer - Kereta Lumba Touring Elektrik Pertama Dunia dengan Kuasa Luar Biasa!

zongshen-cyclone-rg3-1
zongshen-cyclone-rg3-2
zongshen-cyclone-rg3-3
zongshen-cyclone-rg3-4
zongshen-cyclone-rg3-5
zongshen-cyclone-rg3-6
zongshen-cyclone-rg3-7
zongshen-cyclone-rg3-8
zongshen-cyclone-rg3-9
zongshen-cyclone-rg3-10
zongshen-cyclone-rg3-11
zongshen-cyclone-rg3-12
zongshen-cyclone-rg3-13
zongshen-cyclone-rg3-14
zongshen-cyclone-rg3-15
zongshen-cyclone-rg3-16
zongshen-cyclone-rg3-17
zongshen-cyclone-rg3-18

SUMBER: ZongshenMotorcycle

Related

963
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, roda2, sport-touring, Zongshen Cyclone RG3, Zongshen Motorcycles

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev