• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lorenzo: 'Kepak' Punca Aku Tak Perform dengan Ducati

Lorenzo: 'Kepak' Punca Aku Tak Perform dengan Ducati

May 28, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

235
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEKAS juara dunia, Jorge Lorenzo akhirnya mendedahkan masalah utama dihadapinya sepanjang bersama pasukan Ducati Team, iaitu kepak (winglet). 

Pelumba Sepanyol itu mendakwa daya berlebihan yang diperlukan untuk memasuki selekoh dengan jentera Desmosedici itu membuatkan tangannya sakit, sekali gus mengganggu kelajuan.

Menurut Lorenzo, dia bermula baik musim 2018 dengan skil membrek lambat untuk menggunakan kuasa pecutan Ducati sepenuhnya. Bagaimanapun, dia kerap menghadapi masalah sama berulang kali.

Tangannya sangat penat apabila berlumba dan masalah itu melambatkan kelajuan. Dia juga berdepan kesukaran mengawal tayar depan untuk membelok supaya seiring tayar belakang.

BACA >>> Lorenzo: Apa Guna Berlumba 10 Tahun Kalau Tak Boleh Bayar Pinjaman Rumah?

Winglet mendatangkan masalah kepada Lorenzo.

Punca utama masalah itu disebabkan aerodinamik. Winglet besar pada jentera Ducati mencetuskan gelora udara apabila dia memasuki selekoh. Situasi ini sangat menyukarkan Lorenzo, terutama ketika dia berada pada sudut maksimum dengan tayar haus.

Lorenzo menyertai Ducati pada musim 2017 dan bergelut menyesuaikan diri sepanjang musim pertama bersama pasukan itu. Malah, dia langsung tidak memenangi apa-apa perlumbaan musim tersebut dan hanya mendapat podium tiga kali. Walaupun menampilkan prestasi lebih baik pada musim 2018, kontrak Lorenzo tidak diperbaharui, sebelum dia memilih menyertai  Repsol Honda pada 2019.

BACA >>> Miller: "Inilah Jentera Ducati Terbaik Pernah Dibina"
BACA >>> Ducati Siap Sedia 8 Jentera untuk Saingan MotoGP 2022

SUMBER: BikeSportNews.com

Related

235
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ducati, Ducati Desmosedici, Honda, Jorge Lorenzo, MotoGP, Repsol Honda, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev