• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Filipina Lancar Honda RS125 Fi (2021), Harga Mula RM6.3k!

Filipina Lancar Honda RS125 Fi (2021), Harga Mula RM6.3k!

May 27, 2021 By Shawkath Leave a Comment

672
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Filipina memperkenalkan model di bawah segmen underbone RS125 Fi (2021) versi dipertingkat (facelift) bagi menggantikan model keluaran 2017 pada harga 73,400 peso (RM6,320).

Ada tiga warna pilihan ditawarkan, iaitu Matte Axis Grey Metallic (kelabu gelap), Pearl Nightfall Blue (biru hitam) dan Victory Red (merah hitam).

Berikut perincian RS125 Fi (2021):

  • Menggunakan platform sama seperti kapcai off-road Honda XRM sebagai produk buatan kilang Filipina.
  • Dijana trenkuasa patuh Euro3 jenis 4-lejang silinder tunggal 125cc OHC penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api PGM-Fi berkuasa 9.56hp @ 7,500rpm dan tork 9.55Nm @ 6,500rpm.

BACA >>> Honda XRM 125 (2021) Lancar di Filipina, Harga Mula RM5.7k
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Indikator Suhu Kereta Moden Bukan Lagi Jarum Analog?
BACA >>> 5 Kapcai Empat Lejang dengan Enjin Paling Berkuasa di Malaysia

  • Menggunakan transmisi klac automatik rotari 4-kelajuan, manakala sistem penghidup jenis tendang dan elektrik (penghidup tekan).
  • Sistem suspensi jenis fork teleskopik di depan dan absober kembar di belakang. Sistem ekzos dan peg kaki pembonceng bergaya sport. Rekaan lampu belakang lebih tirus antara pembaharuan terkini ditampilkan Honda.
  • Lampu depan direka lebih agresif, tetapi masih jenis mentol dan dipasangkan visor angin kecil untuk melindungi panel meter jenis analog yang direka baharu.
  • Bahagian roda menggunakan brek cakera tunggal di depan dan dram di belakang. Rim 17 inci dibalut tayar 70/90 (depan) dan 80/90 (belakang).
  • Motosikal seberat 104kg ini memiliki tinggi pelana 767mm, dan jarak lega bumi 135mm.
  • Kapasiti tangki petrol 3.9 liter dengan kadar penggunaan bahan api 67.5km per liter.

BACA >>> #SembangDeras: Buruk Sangat ke Rekabentuk Motosikal Modenas?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Pengeluar Motosikal Masa Kini Ubah Cara Injap Bekerja?
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah 4 Fungsi Madgad Motosikal Selain Elak Kotoran Jalan?

Honda RS 125 Fi (2021) 1
Honda RS 125 Fi (2021) 3
Honda RS 125 Fi (2021)
Screenshot 2021-05-27 at 1.09.55 PM
Screenshot 2021-05-27 at 1.10.16 PM
Screenshot 2021-05-27 at 1.10.39 PM
Screenshot 2021-05-27 at 1.10.53 PM
honda-rs-125-fi-2021-filipina-1
honda-rs-125-fi-2021-filipina-2
honda-rs-125-fi-2021-filipina-3
honda-rs-125-fi-2021-filipina-4
honda-rs-125-fi-2021-filipina-5
honda-rs-125-fi-2021-filipina-6
honda-rs-125-fi-2021-filipina-7
honda-rs-125-fi-2021-filipina-8
honda-rs-125-fi-2021-filipina-9
honda-rs-125-fi-2021-filipina-10

SUMBER: HondaPH

Related

672
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Honda Filipina, Honda PH, Honda Philippines, Honda RS 125 Fi (2021), Honda RS125 Fi (2021), Honda XRM 125, Kapcai, roda2, RS 125 Fi (2021)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev