• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Intai Peluang Tembusi Pasaran Asia, Renault Teringinkan Proton

Intai Peluang Tembusi Pasaran Asia, Renault Teringinkan Proton

October 6, 2016 By Azhan O 1 Comment

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

renaul-proton-bg
RENAULT kini sedang melihat kerjasama dengan Proton Holdings Berhad sebagai peluang meluaskan pengaruhnya di Asia, menurut laporan The Star, semalam.

Pengerusi Renault Asia-Pasifik, Gilles Normand berkata, Renault ketika ini memiliki bahagian pasaran dunia terendah di Asia Pasifik ketika Proton sedang berkira-kira menjalinkan kerjasama dengan pengeluar antarabangsa.

Renault dan Proton sebenarnya sudah pernah bekerjasama ketika membangunkan model Savvy pada 2005. Walaupun berdepan isu realibiliti, pengeluaran model dikuasakan enjin D-Type buatan syarikat pengeluar Perancis itu mampu bertahan selama lima tahun (2010).

Proton dilaporkan sudah menyenarai pendek lima calon - Volkswagen AG, Suzuki Motor, Renault SA, Groupe PSA dan Geely - sebagai rakan strategik berpotensi.

Menurut Kajian Ekuiti CIMB, pengurusan Proton hampir pasti memilih rakan strategik baharu sekurang-kurangnya sebelum tamat separuh tahun pertama 2017. Andaian berkenaan dibuat berdasarkan tarikh akhir ditetapkan Kerajaan berikutan bantuan pinjaman kewangan RM1.5 bilion yang diberikan pada awal tahun ini.

Khabarnya, Proton kini sudah pun menerima cadangan daripada beberapa pengeluar antarabangsa dan masih dalam proses penelitian.

Related

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Proton, PROTON Holdings Berhad, rakan strategik Proton, Renault

Comments

  1. Saga3 says

    October 9, 2016 at 3:40 AM

    Mungkin ada baiknya jalinkan kerjasama bersama(JV) Renault SA. Model-model Proton boleh dijual di Perancis khasnya, dan eropah am nya di bawah payung Renault. begitu juga sebaliknya model-model renault boleh dipasang di kilang Proton (CKD) untuk pasaran Asia tenggara. Selain boleh rebadge Renault Captur sebagai subcompact crossover pertama Proton.

    Proton-Renault juga boleh berkongsi teknologi, dimana teknologi dan kejuruteraan Lotus sangat sesuai untuk bangunkan sportcar dan supercar renault. Dan bangunkan sebuah model bersama Proton-renault sebangaimana Toyota-Subaru bangunkan GT86-BRZ selain itu BMW-Toyota bangunkan Z5-Supra. Banyak lagi contoh JV seperti Renault Kangoo/Nissan Kubistar, Renault Master/Nissan Interstar and the Renault Trafic/Nissan Primastar.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
    Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev