• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Miller Sambung Kontrak Semusim Lagi dengan Ducati

Miller Sambung Kontrak Semusim Lagi dengan Ducati

May 25, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


PELUMBA Australia, Jack Miller secara rasmi menandatangani kontrak baharu dengan Ducati Lenovo Racing Team untuk terus bersaing dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2022, tahun depan. 

Situasi Miller berbeza dengan rakan pasukannya, Francesco Bagnaia yang sudahpun menandatangani kontrak dua tahun pada awal tahun ini. Sebaliknya, dia hanya menandatangani kontrak setahun sebelum menyambung kontraknya, semalam. 

Miller sudah bersama Ducati sejak 2018 bersama pasukan Pramac. Walaupun menerima tekanan pada awal musim berikutan prestasi tidak menentu, tetapi Miller akhirnya menutup mulut pengkritik dengan merekodkan dua kemenangan berturut-turut pada dua pusingan lalu. 

BACA >>> Miller Juara Lagi Dua Kali Berturut-Turut, Marquez Nyaris Podium di Le Mans
BACA >>> Miller: "Inilah Jentera Ducati Terbaik Pernah Dibina"

Aksi Jack Miller selepas menjuarai GP Perancis minggu lalu.

Selain Miller, pelumba Pramac Ducati, Johann Zarco juga mempunyai kontrak semusim bersama pasukan satlit itu, dan kontrak baharu musim 2022 dijangka menyusul tidak lama lagi.

Pada masa sama, Ducati turut dijangka meneruskan kerjasama dengan Pramac bagi musim 2022. Satu lagi pasukan satelit Ducati, Avintia dilaporkan tidak lagi bersaing dalam MotoGP tahun depan, dan Ducati kini mula dikaitkan dengan pasukan milik Valentino Rossi, VR46. 

BACA >>> Ducati Sedia Bekalkan 8 Jentera untuk 2022
BACA >>> Zarco Henjut Ducati Sampai 352kmj di Qatar!
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Helmet Bantu Zarco Capai 362kmj?

SUMBER: Autosport.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ducati, ducati lenovo racing team, Francesco Bagnaia, Jack Miller, Johann Zarco, Kejuaraan Dunia MotoGP, MotoGP, Pramac Ducati, Valentino Rossi, VR46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev