• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mangsa Nahas LRT Dapat Bantuan Kewangan RM1k, Netizen Bantah

Mangsa Nahas LRT Dapat Bantuan Kewangan RM1k, Netizen Bantah

May 25, 2021 By Admin PanduLaju 1 Comment

FacebookTwitter

KEMALANGAN melibatkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di laluan Kelana Jaya malam semalam menyebabkan 213 penumpang cedera dengan 21 daripadanya masih berada di hospital, 6 di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 3 memerlukan ventilator. 

Sebagai ganti rugi, Pengerusi Prasarana, Tajuddin Abd Rahman mengumumkan akan memberi bantuan kewangan kepada semua 213 penumpang sebanyak RM1,000.

Prasarana chairman Tajuddin Abd Rahman regrets what happened and promised RM1000 for each of 213 passengers. Prasarana will also foot their hospitalization costs and compensate them for loss of income. 21 are hospitalized, 6 in ICU, 3 require ventilators .The rest have gone back. pic.twitter.com/96LWQnPuAa

— Melissa Goh (@MelGohCNA) May 25, 2021

BACA >>> Nahas Tren LRT: 47 Parah, 166 Cedera Ringan

Selain itu, Prasarana turut akan menanggung kos rawatan dan perubatan mangsa yang dimasukkan hospital. Mangsa yang tidak boleh bekerja juga akan diberikan bantuan kewangan. 

Jumlah pampasan diumumkan Prasarana itu mendapat reaksi negatif daripada netizen. Rata-ratanya menyatakan jumlah itu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan kerugian, kecederaan dan trauma dialami mangsa. 

BACA >>> Nahas Tren LRT: PM Muhyiddin Arah Siasatan Penuh, Tindakan Tegas Diambil

Thread untuk mangsa kemalangan akibat dari kecuaian pengangkutan awam.

Susulan kemalangan tren LRT laluan Kelana Jaya di Stesen KLCC, saya kongsikan perkara yang perlu dibuat dan NOTA PENTING yang perlu anda tahu sebelum menuntut gantirugi dengan pihak penyedia perkhidmatan.

— K•D (@faeezzarsae) May 25, 2021

Ramai juga netizen mencadangkan mangsa untuk menyaman Prasarana demi memastikan syarikat GLC itu bertanggungjawab sepenuhnya. Terdapat juga peguam-peguam di media sosial yang berkongsi langkah boleh diambil mangsa untuk menuntut ganti rugi. 

Semoga semua mangsa mendapat keadilan dan pampasan selayaknya. Tragedi ini juga diharap dapat memberi pengajaran kepada pihak bertanggungjawab untuk lebih berhati-hati dan mengelakkan daripada kejadian ngeri ini berulang lagi. 

BACA >>> Nahas Tren LRT: Jawatankuasa Siasatan Ditubuhkan
BACA >>> Dua Tren LRT Kemalangan di Laluan Kelana Jaya, Ramai Cedera

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: kelana jaya, kemalangan, klcc, LRT, Prasarana, RapidKL, Tajuddin Abd Rahman, Transit Aliran Ringan (LRT)

Comments

  1. Alson P says

    May 26, 2021 at 4:21 PM

    Apa beza pampasan Dan "bantuan khas"

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev