• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: 8 Tip Mudah Elak Kemalangan ketika Memandu

#ApaNakBuat: 8 Tip Mudah Elak Kemalangan ketika Memandu

July 13, 2022 By Admin PanduLaju Leave a Comment

186
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MALAYSIA adalah antara negara yang mencatatkan jumlah kemalangan tinggi saban tahun, terutama ketika musim perayaan. Walaupun malang tidak berbau, ada pelbagai cara boleh dilakukan pemandu untuk mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. 

Berikut kami kongsikan 10 tip yang boleh dilakukan untuk mengelak berlaku kemalangan:

BACA >>> Kajian: Perempuan Lebih Berisiko Mengalami Cedera Kemalangan Berbanding Lelaki

1. MASUK DALAM TRAFIK DENGAN PERLAHAN

Berhenti, lihat dan dengar. Gunakan semua deria ketika memandu. Awasi titik buta sekeliling, terutama dari pandangan cermin belakang dan tanda jalan raya.

Jika di simpang dan mahu belok ke kanan, pastikan kelibat kereta anda dapat dilihat dari kedua-dua arah sekurang-kurangnya dua kali sebelum menekan minyak. 

2. JANGAN TERUS JALAN SELEPAS LAMPU HIJAU

Di lampu isyarat, jangan terus bergerak apabila lampu merah bertukar hijau. Lihat semua arah dan pastikan tiada kenderaan melanggar lampu isyarat dari arah lain. Sila berhati-hati ketika melepasi lori kerana pemandu kenderaan berat mempunyai titik buta yang besar di sebelah kiri.

Jika anda tidak dapat melihat kereta anda pada cermin sisi lori, itu bermakna pemandu lori juga tidak nampak anda.

3. PASTIKAN SEKURANG-KURANGNYA SATU TANGAN DI STERENG

Kurangkan gangguan dalam kereta seperti menukar saluran radio, bermain telefon bimbit, makan atau melepaskan tangan dari stereng. Ini kerana angin kencang, lubang jalan (pothole) ataupun tayar pecah mampu membuatkan kenderaan hilang kawalan dan terbabas hingga menyebabkan kemalangan serius.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Stereng Bentuk Bulat?

4. AWASI KANAK-KANAK

Jika berada di kawasan parkir dan perumahan, anda perlu bersedia dengan situasi kanak-kanak dan haiwan muncul tiba-tiba tanpa diduga. Elakkan memandu laju di kawasan tersebut.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah Kerusi Kanak-Kanak yang Anda Perlu Tahu

5. SELENGGARA ENJIN MENGIKUT JADUAL

Kegagalan enjin tiba-tiba boleh mengundang bahaya, terutama jika berlaku di tengah jalan raya. Risiko itu boleh dielakkan jika anda menyenggara enjin mengikut jadual ditetapkan pengeluar.

Juga jangan lupa pastikan tekanan tayar sentiasa cukup.

BACA >>> Kajian: Pemandu Berusia Lebih Pandai Selenggara Kereta, Pilih Baca Peta Manual

6. LIHAT 12 SAAT KE DEPAN

Sentiasa fokus di kawasan yang sedang anda pandu dalam 10-12 saat ke depan. Di lebuh raya, pastikan kedudukan kereta cukup jauh dari kenderaan lain supaya dapat bersedia sekiranya kenderaan depan berhenti mengejut, hilang kawalan, atau membelok tiba-tiba.

7. PANDANG BELAKANG KETIKA MENGUNDUR KELUAR

Jangan bergantung kepada cermin pandang belakang saja. Jangan lupa juga memantau situasi belakang kereta anda menerusi  cermin sisi, termasuk paparan kamera pada unit infotainmen.

8. BERTOLAK-ANSUR DENGAN PENGGUNA LAIN

Jalan raya kita bukanlah milik sesiapa. Jadi, layanlah pengguna lain dengan baik dan bertoleransi. Jika nampak gaya pemanduan berbahaya atau mencurigakan, laporkan saja kepada pihak berkuasa.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Paling Selamat Hendak Memotong Kenderaan Lain?
BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?

SUMBER: ehstoday.com

Related

186
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainment, JPJ, Kereta, keselamatan jalan raya, Lebuh Raya, Tip Auto, Tip Elak Kemalangan Jalan Raya, tips

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev