TAYAR ialah komponen penting kenderaan dan tahap kualiti boleh memberi kesan kepada keselesaan pemanduan, penggunaan minyak dan keselamatan.
Walaupun penggunaan tayar berkualiti dan dalam keadaan baik itu penting, tetapi tidak semua pemilik kenderaan mampu menukar tayar dengan kerap. Salah satu cara memastikan tayar dapat bertahan lebih lama dalam keadaan baik adalah mengamalkan lima tip mudah di bawah ini:
BACA >>> Michelin Bakal Hasilkan Tayar Guna Sisa Botol Plastik
1. KEKALKAN TEKANAN ANGIN TAYAR
Ini langkah paling penting untuk penjagaan tayar. Apabila tayar kurang tekanan, kapasiti muatan tayar akan berkurangan, manakala rintangan putaran roda akan bertambah. Ini menyebabkan haba bertambah dan berlaku kerosakan mekanikal.
Pada masa sama, pastikan tekanan angin tidak diisi berlebihan kerana boleh membuatkan fiil memandu jadi kurang selesa kerana terasa keras dan bergetar. Boleh dapatkan maklumat mengenai jumlah tekanan angin tayar di kereta anda yang biasanya ditampal pada frem pintu, atau rujuk buku manual.
BACA >>> #TahukahAnda: 4 Sebab Kenapa Tayar Isi Nitrogen Lebih Baik, Tapi...
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) yang Perlu Anda Tahu
2. KERAP PERIKSA TAYAR
Pemeriksaan ini boleh dibuat sebulan sekali, dan juga bergantung kepada kondisi jalan persekitaran. Pastikan tiada sebarang rekahan, benjolan dan mana-mana kerosakan lain pada tayar. Anda boleh menggantikan tayar baharu percuma jika masih dalam tempoh waranti.
Periksa juga geometri suspensi dan penjajaran (alignment) roda kerana sedikit kecacatan sudah cukup menjejaskan prestasi tayar.
BACA >>> Kenapa dan Apa Perlu Buat untuk Elak Tayar Merekah?
BACA >>> Ketahui 6 Cara Mudah Bilakah Anda Perlu Tukar Tayar Baharu?
3. JANGAN KERAP LIGATKAN TAYAR
Walaupun jiwa pelumba kental dalam diri, tetapi gunakanlah tayar dengan cermat. Jika kereta terperangkap dalam pasir atau lumpur, janganlah terus tekan minyak dengan harapan lebih mudah keluar.
Boleh cuba kaedah maju dan undur berulang kali supaya kereta dapat dipandu keluar dari permukaan jalan yang menyebabkan terkandas. Abaikan jika anda termasuk golongan berduit lebat yang boleh menukar tayar bila-bila masa.
BACA >>> #Videotomotif: Gara-Gara Tidur Mati, Lelaki Tidak Sedar Lakukan Aksi Burnout Epik
4. PASTIKAN TAYAR BERSIH
Jika anda penggemar aktiviti off-road, pastikan tayar kenderaan sentiasa bersih setiap kali selesai beraksi bagi memastikan komponen itu sentiasa dalam keadaan baik. Boleh juga bersihkan tayar kereta anda setiap kali selepas memandu melewati kawasan pedalaman yang tidak berturap, ataupun selepas hujan.
5. SILANG TAYAR
Bagi memastikan tahap haus dan lusuh (wear and tear) keempat-empat tayar seimbang, anda dinasihatkan menukar posisi tayar (dipanggil silang tayar) yang boleh lakukan setiap kali perbatuan mencapai angka 8,000km.
Sebabnya, tayar kereta jenis pacuan roda depan (FWD) banyak digunakan untuk membrek, membelok dan mengawal pemanduan, sekali gus menyebabkan masalah tayar haus dan lusuh lebih cepat berlaku.
Cara silang tayar, pasangkan tayar belakang pada roda depan, manakala tayar depan pula ditukarkan ke roda belakang. Ini membuatkan tayar di depan dapat bertahan lebih lama. Boleh rujuk gambar rajah di atas.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Silang Tayar Kereta?
BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
SUMBER: DriveMag.com
Leave a Reply