SEMUA pengguna jalan raya berisiko terbabit kemalangan. Walaupun kereta baharu hari ini dilengkapi ciri keselamatan moden yang lebih baik, tetapi kecederaan akibat kemalangan atas pelbagai faktor masih tidak dapat dielakkan.
Lebih berbahaya, walaupun lelaki banyak terlibat kemalangan, tetapi perempuan pula berisiko tinggi mengalami kecederaan, menurut kajian dilakukan Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) di Amerika Syarikat (AS).
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Sedan Lebih Baik daripada SUV?
Namun, risiko tinggi dihadapi perempuan itu bukan disebabkan faktor fisiologikal, tetapi saiz dan jenis kenderaan, termasuk jenis kemalangan.
Penjelasannya, pemandu lelaki cenderung memandu kenderaan berat seperti trak pikap yang memberikan ekstra keselamatan kepada mereka. Malah, lelaki juga cenderung berada dalam kenderaan melanggar, berbanding kenderaan dilanggar, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan.
Merujuk carta di atas, IIHS mendapati 70 peratus wanita yang menjadi mangsa kemalangan berada dalam kereta bersaiz kecil, berbanding 60 peratus lelaki. Sebaliknya, 20 peratus lelaki berada dalam trak pikap, berbanding wanita (5 peratus).
Walaupun lelaki lebih banyak mengalami kecederaan secara keseluruhan, termasuk cenderung melakukan kelakuan berbahaya, tetapi wanita berisiko tinggi cedera dalam jenis kemalangan yang selalunya tidak mendatangkan kecederaan terhadap lelaki.
BACA >>> SUV Woods Jatuh Gaung, Genesis GV80 Raih Rating Keselamatan Tertinggi IIHS
BACA >>> Bentley Bentayga (2020) - SUV Mewah yang Setanding Kereta Prestasi, 542hp!
WANITA TIGA KALI RISIKO CEDERA RINGAN, DUA KALI RISIKO CEDERA PARAH
Berdasarkan data perlanggaran depan dan sisi 1998-2015, wanita tiga kali berisiko cedera ringan dan dua kali risiko parah berbanding lelaki.
Dalam keseluruhan sampel risiko kecederaan antara lelaki dan perempuan, perempuan lebih berisiko mengalami kecederaan bahagian bawah badan tahap sederhana.
Data IIHS menunjukkan:
- Perempuan 2.5 kali lebih berisiko mengalami kecederaan kaki sederhana.
- Perempuan 70 peratus berisiko mengalami kecederaaan kaki parah.
Bagaimanapun , jurang itu boleh dikecilkan sekiranya pengeluar menambah baik aspek keselamatan kenderaan. Risiko juga boleh dikurangkan dengan memilih jenis kenderaan yang betul. Menurut IIHS, kenderaan yang mempunyai rating keselamatan terbaik dapat mengurangkan risiko kecederaan kepala dan bawah badan untuk semua pemandu tanpa mengira jantina.
Apapun kajian IIHS itu melibatkan pemandu di Amerika Syarikat (AS) yang semestinya berbeza daripada pengguna Malaysia. Malah trak pikap masih bukan jenis kenderaan popular dalam kalangan pemandu lelaku negara kita. Namun kami juga bersetuju dengan fakta yang mengatakan ramai wanita lebih cenderung memilih kenderaan kecil.
BACA >>> #Videotomotif: Inilah 5 Sebab Perodua Axia Sesuai untuk Pemandu Wanita
BACA >>> Kajian: Satu Pertiga Penunggang UK Tidak Mahu Motosikal Elektrik
BACA >>> Kajian: Pekerja Syif Malam Berisiko Kemalangan 3 Kali Ganda Tinggi Berbanding Biasa
SUMBER: CarAndDriver
Leave a Reply