• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Belanda Perkenal Sistem Rekod Odometer Motosikal untuk Elak Pembeli Ditipu

Belanda Perkenal Sistem Rekod Odometer Motosikal untuk Elak Pembeli Ditipu

May 21, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

478
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMBELI kenderaan terpakai memang berisiko. Selain sukar hendak percaya 100 peratus cakap jurujual, kita juga perlu bijak menapis dan memastikan ketepatan setiap maklumat mengenai kenderaan yang hendak dibeli itu.

Di Belanda misalnya, bagi mengurangkan risiko pengguna ditipu, Autoriti Kenderaan Belanda (RDW) memperkenalkan sistem pendaftaran untuk menjejak bacaan odometer (biasa disebut 'mileage' dalam kalangan pemilik kenderaan Malaysia). Sistem itu sebenarnya sudah pun ada pada kereta, tetapi kini  diperluas untuk motosikal bermula 1 Julai nanti. 

BACA >>> Kajian: 'Pusing Mileage' Jejaskan 1.6j Kenderaan di AS, Malaysia Pun Hadapi Isu Sama

Sistem tersebut akan merekodkan jumlah perbatuan setiap kali kenderaan itu disenggara, dibaiki atau ditukar tayar. Caranya, setiap bengkel perlu bekerjasama melaporkan jarak perbatuan kepada RDW supaya rekod odometer lengkap.

Maklumat itu kemudian boleh digunakan pemilik dalam proses jual semula, selain membolehkan pembeli mendapatkan rekod perbatuan dan penyenggaraan motosikal tersebut. Bagaimanapun, sistem tersebut cuma dibuat atas dasar sukarela dan bukan diwajibkan. 

Walaupun sistem rekod odometer itu tidak sempurna dan masih ada kelemahan, usaha RDW sekurang-kurangnya dapat membanteras isu sindiket penipuan kereta terpakai. Malah, sistem tersebut membantu pembeli memilih lebih bijak.

Mungkin juga pihak berkuasa Malaysia pun boleh mencontohi sistem rekod odometer seperti dipraktikkan Belanda itu.

BACA >>> Scammer Jual Ativa, Perodua Minta Pelanggan Waspada
BACA >>> Kajian: Pembeli Kereta Setia dengan Satu Jenama, Terutama Model Sama Dikemas Kini

SUMBER: RideApart

Related

478
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Belanda, Kereta, Kereta terpakai, motosikal, Motosikal Terpakai, netherland, RDW

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev