• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Brembo Dedah Rahsia Kelasakan Pad Brek Karbon di MotoGP, Litar Le Mans

Brembo Dedah Rahsia Kelasakan Pad Brek Karbon di MotoGP, Litar Le Mans

May 20, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BREMBO berkongsi rahsia bagaimana pad brek keluaran pengeluar dari Itali itu mampu bertahan sepanjang perlumbaan Kejuaraan Dunia MotoGP, termasuk aksi di GP Le Mans yang memerlukan pelumba membrek secara optimum disebabkan kondisi trek basah dan kering.

Menurut Brembo, faktor utamanya adalah kerjasama antara pasukan jurutera pengeluar itu sendiri dan  barisan pelumba MotoGP.

Litar Le Mans ialah trek lumba yang dikategorikan sebagai sederhana sukar untuk komponen brek. Jika dalam skala 1 hingga 5 dengan angka tinggi untuk tahap paling sukar, Le Mans dikelaskan pada tahap 3.

Litar Le Mans memiliki laluan lurus sepanjang 674 meter sebelum garisan penamat, tetapi ada beberapa bahagian litar itu membantu proses menyejukkan semula kepanasan brek cakera karbon yang dipasangkan pada jentera lumba setiap pasukan.

Brembo mendedahkan, bahan geseran jenis karbon pada pad brek MotoGP menjanjikan pekali geseran (coefficient of friction) dan prestasi luar biasa berterusan walaupun komponen itu beroperasi pada suhu panas, serta mampu membrek dengan stabil pada sepanjang masa.

Berbanding brek digunakan sportbike jalanan biasa, brek karbon berbeza dari segi berat, tempoh penggunaan dan tahap ketahanan terhadap suhu maksimum.

TAHAN LASAK, TAHAN PANAS

Pad brek Brembo untuk jentera MotoGP memiliki tempoh penggunaan bagi jarak hampir 900km dan mampu menahan suhu hingga 800ºC, manakala komponen cuma 50 gram, iaitu separuh daripada berat pad brek sportbike biasa.

Selain itu, pad brek Brembo juga mampu menghentikan jentera MotoGP sepantas 4.5 saat, dan tiada masalah untuk seseorang pelumba mengambil selekoh dengan stabil walaupun baru selesai memecut hampir 300kmj di laluan lurus.

BACA >>> Kenapa Brek Brembo Vinales Boleh 'Kong'?
BACA >>> #TahukahAnda: Betul Ke Produk Brembo Mahal Sangat?

SUMBER: Carmudi | Brembo

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: aksesori, brek, Brek Brembo, Brembo, Brembo MotoGP, Le Mans Brembo, MotoGP, pad brek

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev