• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Semi-Naked Bajaj Pulsar 250F Diuji di India, Modenas Bawa Masuk Malaysia?

#Spyshot: Semi-Naked Bajaj Pulsar 250F Diuji di India, Modenas Bawa Masuk Malaysia?

May 19, 2021 By Shawkath Leave a Comment

260
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL siri Pulsar adalah antara barisan produk Bajaj paling sukses di India dengan mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan pembeli.

Ini dapat dilihat dengan kehadirian banyak segmen di bawah label Pulsar seperti 125cc, 150cc, 160cc, 180cc, 200cc dan 220cc. Terkini, Bajaj sedang menguji satu lagi siri baharu untuk kelas 250cc.

Model itu dipercayai akan dinamakan Pulsar 250F dan bakal menjadi produk pengganti 220F. Malah, beberapa keping foto turut tular di media sosial yang menunjukkan model itu sedang diuji di India.

Pulsar 250 Naked
Pulsar 250 Naked

Sebelum ini, Bajaj pernah dikesan melakukan ujian enduran untuk varian baharu Pulsar 250 versi naked (foto atas) pada Februari lalu yang dijangka dilancarkan menjelang 2022.

Pulsar 250F pula adalah model semi fairing yang sedikit berbeza berbanding varian naked Pulsar 250. Bagaimanapun, kedua-dua model baharu itu berkongsi banyak komponen sama seperti rekabentuk rim aloi, madgad belakang, brek cakera dan bentuk ekzos besar.

Model Pulsar 250F dipasang fairing jenis separa yang menjadi sebahagian panel lampu utama, cermin sisi dan tangki minyak. Bar hendal pula jenis clip-on, sama seperti RS200.

Fairing nampak disepadukan sekali dengan panel kepala.

Rekabentuk belakang Pulsar 250F nampak mirip seperti versi naked dan dijangka menggunakan lampu belakang bentuk terpisah jenis LED. Model itu juga mungkin menggunakan casis dan enjin silinder tunggal 250cc baharu dengan kotak gear manual 5-kelajuan.

Bagaimanapun, trenkuasa Pulsar 250F dipercayai menggunakan kombinasi sistem penyejukan udara dan minyak berbanding cecair yang bertujuan menjimatkan kos pembuatan dan pengeluaran.

Perbezaan paling ketara antara Pulsar 250F dan 220F adalah sistem suspensi yang mana varian baharu dipasangkan sistem monoshock, bukan dwi-absorber. Bahagian roda pula menggunakan brek cakera tunggal di depan dan belakang dan dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Bagi menambat hati pembeli muda, Bajaj mungkin memasang lampu utama projektor dengan lampu belakang dan lampu signal belok LED, termasuk panel meter jenis LCD digital. Mungkin juga dibekalkan ciri konektiviti telefon pintar dengan sistem navigasi. Apapun, semua tertakluk kepada faktor kos.

MODENAS PULSAR 250F?

Modenas Pulsar RS200 versi facelift baru saja dilancarkan Mac Lalu.

Kebarangkalian Modenas membawa masuk siri Pulsar 250 untuk pasaran Malaysia boleh jadi kenyataan. Ini kerana dua model itu, RS200 dan NS200 memberikan keuntungan kepada akaun pengeluar motosikal nasional tersebut.

Apatah lag kisah Modenas dan Kawasaki Heavy Industries (KHI) di Jepun mengenai projek Modenas Ninja 250 masih lagi dalam status tergantung.

BACA >>> #TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SUMBER: BikeDekho | BikeWale

Related

260
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: bajaj, Kawasaki Heavy Industries, Modenas, Modenas Ninja 250, Modenas Pulsar 250, Modenas Pulsar RS200 (2021)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev