• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rins Akui Buat Silap Bodoh Sampai Jatuh 4 Kali dalam 3 Perlumbaan Akhir

Rins Akui Buat Silap Bodoh Sampai Jatuh 4 Kali dalam 3 Perlumbaan Akhir

May 18, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUSIM ini menyaksikan pelumba Suzuki Ecstar, Alex Rins sangat kerap terjatuh dan situasi itu sebenarnya turut disedari tuan badan sendiri. 

Pada bulan lalu di GP Portugal, Rins terjatuh ketika berada di posisi kedua, manakala pusingan seterusnya di GP Sepanyol, pelumba Sepanyol itu terjatuh di awal perlumbaan ketika berada dalam posisi keenam.

Paling terbaharu adalah perlumbaan Ahad lalu di Le Mans. Rins yang bermula di kedudukan ke-15 dapat merapatkan jarak hingga membukan peluang bersaing untuk meraih posisi podium seawal pusingan kelima sebelum keluar dari hentian pit di belakang pendahulu, Marc Marquez (Repsol Honda).

Bagaimanapun, dia terus terjatuh di selekoh Dunlop hingga melepaskan peluang keemasan memijak podium apabila sekali lagi tersungkur pada lewat perlumbaan. 

Rins, yang kini ketinggalan 57 mata di belakang pendahulu keseluruhan, sendiri mengaku keliru dengan prestasinya. Malah, sukar juga hendak menyalahkan GSX-RR kerana dia sendiri sangat berpuas hati dengan penambahbaikan jentera itu.

Aku tak tau macam mana nak jawab sebab aku rasa ok je, motor pun dah banyak improve cuma aku selalu buat silap bodoh.”

Dia juga mengakui sukar hendak kekal fokus dalam kondisi prestasi ketika ini, tetapi berjanji akan memulakan semula segalanya untuk GP Itali di litar Mugello nanti. 

BACA >>> Jatuh Dua Kali di Le Mans, Marquez Akui Terlepas Peluang Keemasan
BACA >>> Morbidelli Nak Tinggalkan Yamaha Kalau Tak Dapat Jentera Spec Kilang

SUMBER: Motorsport.com

Related

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alex Rins, Auto Terkini, Le Mans, Marc Marquez, MotoGP, MotoGP 2021, Suzuki Ecstar, Suzuki GSX-RR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my