• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Bangunkan GR Super Sport, Model Hypercar Perdana Berkuasa 986hp!

Toyota Bangunkan GR Super Sport, Model Hypercar Perdana Berkuasa 986hp!

May 18, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

20
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS memperkenalkan beberapa siri GR, Toyota khabarnya bakal mengeluarkan model perdana di bawah label prestasi itu yang akan bersaing dengan hypercar lain seperti Mercedes-AMG One dan Aston Martin Valkyrie.

Keputusan Toyota membangunkan model sports GR Super Sport dengan enjin tengah dan pacuan roda belakang (RWD) sudah diumumkan sejak 2018. Ia dibuat kerana regulasi Le Mans Hypercar (LMH) untuk Kejuaraan Enduran Dunia (WEC) yang memerlukan pengeluar menggunakan jentera berasaskan model pengeluaran.

Bagaimanapun, undang-undang terbaharu LMH membenarkan pasukan menggunakan jentera lumba khas dengan trenkuasa hibrid pacuan semua roda (AED), sekali gus membolehkan Toyota tidak perlu lagi menghasilkan GR Super Sport untuk tujuan homologasi. 

Walaupun tidak perlu lagi menghasilkan model homologasi, tetapi Toyota kekal komited menghasilkan model edisi terhad versi pengeluaran yang boleh dipandu atas jalan raya biasa.

Toyota LMP1-class TS050 Hybrid
Toyota GR010 Hybrid

Kereta lumba baharu itu akan diperkenalkan sebagai adik kepada GR010 Hybrid yang digunakan Toyota dalam WEC tahun ini walaupun trenkuasa dan mekanikal digunakan berasaskan model terdahulu, LMP1-class TS050 Hybrid.

GR Super Sport akan enggunakan enjin TS050 Hybrid 2.4L Twin-Turbo V6 versi pengeluaran, tetapi Toyota tidak memperincikan mengenai fungsi sistem hibrid tersebut dan jumlah motor elektrik digunakan. Cuma didedahkan output dihasilkan, iaitu 986hp. 

Inilah model prototaip GR Super Sport yang muncul tahun lalu.

Toyota juga tidak mendedahkan jumlah Super Sport yang akan dibina. Malah, tempahan juga belum dibuka. Namun, baru-baru ini, pengeluar itu sempat mengedarkan survei di laman web  untuk mendapatkan maklumat mengenai pembeli berpotensi.

Ini memberi bayangan Toyota mungkin agak selektif mengenai sasaran pembeli model tersebut yang dibuat berdasarkan faktor seperti kesetiaan dan kemampuan mempromosikan kereta berkenaan. Ini juga cara sama digunakan Ford apabila mengedarkan model GT edisi terhad.

BACA >>> Elak Kes Curi Penukar Bermangkin, Toyota UK Letak Penanda Tersembunyi
BACA >>> Toyota AE86 Ini Akan Guna Enjin GR Yaris!

SUMBER: Autocar.co.uk

Related

20
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 24 Hours of Le Mans, hypercar, LMP1-class TS050 Hybrid, Roda4, Toyota, toyota gr super sport, Toyota GR010 Hybrid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev