SEMUA motosikal lama di Singapura perlu memtuhi piawaian emisi baharu bermula 6 April 2023 atau bersedia dikenakan denda. Langkah itu diambil bagi mengurangkan pencemaran udara dan menambah baik kualiti udara negara tersebut.
Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) menyatakan peraturan itu terpakai kepada semua motosikal yang didaftarkan di Singapura sebelum 1 Julai 2003.
Semua motosikal lama masih boleh digunakan hingga 30 Jun 2028 selagi mematuhi standard piawaian yang diperketat."
Bagaimanapun, bagi unit motosikal didaftarkan selepas 1 Julai 2003 sudah tertakluk dan mematuhi polisi baharu tersebut. Menurut NEA, semua motosikal dari luar negara, sama ada dibawa masuk ke Singapura atau ditunggang atas jalan dalam negara itu juga tidak terkecuali daripada peraturan sama.
Sama seperti peraturan sedia ada yang menetapkan motosikal asing perlu patuh kepada had bunyi bising ekzos seperti motosikal tempatan dan tidak mengeluarkan sebarang asap atau wap yang boleh dilihat."
Jadi, motosikal yang didaftarkan di Singapura sebelum 1 Julai 2003 tidak lagi boleh ditunggang atas jalan raya bermula 1 Julai 2028. Bagaimanapun, masih ada peluang buat pemilik motosikal lama yang masih mahu terus menggunakan kenderaan masing-masing.
NEA menyatakan;
“Kepada pemilik yang mahu menyimpan motosikal lama sebagai kenderaan klasik, NEA sebenarnya sedang mengkaji skim sementara yang akan membenarkan semua motosikal tempatan yang mula didaftarkan antara 2 Julai 1993 dan 30 Jun 2003 untuk dikekalkan selepas 30 Jun 2028 melalui Skim Kenderaan Klasik."
Bagi layak digelar motosikal ‘klasik’ di Singapura, unit itu perlu berusia 35 tahun atau ke atas daripada tarikh asal pendaftaran dan tertakluk kepada beberapa kawalan penggunaan.
NEA juga akan berunding dan mendapat pandangan beberapa pihak dalam industri dan pihak berkepentingan untuk skim seumpama itu.
SUMBER: MotoPinas
Leave a Reply