• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Civic (2022) Serba Baharu Bakal Lancar untuk Pasaran Singapura

Honda Civic (2022) Serba Baharu Bakal Lancar untuk Pasaran Singapura

May 17, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

559
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS beberapa minggu dilancarkan secara global, Honda Civic (2022) serba baharu generasi ke-11 bakal hadir di pasaran negara jiran, Singapura.

Wakil pengedar rasmi kenderaan Honda di Singapura, Kah Motor kini sudah mula menerima pendaftaran bagi pembeli yang berminat memiliki sedan kompak itu.

Pada hujung bulan lalu, Civic (2022) baru saja diperkenalkan untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) yang ditawarkan dalam dua pilihan enjin, itiu 1.5L Turbo (180hp, 240Nm) dan 2.0L aspirasi natural (NA) (158hp, 187Nm). Pilihan enjiun sama juga dijangka ditawarkan untuk pasaran negara jiran seberang tambak itu.

BACA >>> Honda Civic Sedan (2022) Debut di Amerika dengan Enjin 1.5L Turbo, 2.0L NA

Honda Civic (2022) sedan

Berikut ciri menarik Civic (2022) generasi ke-11 serba baharu:

  • Rekabentuk luaran kali ini tampak lebih matang dengan bentuk melengkung berbanding Civic lama. Model kali ini dilihat menyerupai rekabentuk Accord.

  • Ruang dalaman menampilkan rekaan gaya retro dengan paten sarang lebah pada ventilator penyaman udara yang direka dalam bentuk horizontal sepanjang papan pemuka. 
  • Saiz fizikal Civic sedan ini turut berubah dengan jarak roda ditambah 35mm dan ukuran panjang ditambah 33mm. Lebar dan tinggi kereta kekal seperti generasi terdahulu.
  • Menerima pakej keselamatan Honda Sensing versi naik taraf dengan bantuan kamera tunggal dan lapan sensor sonar untuk mengaktifkan teknologi Bantuan Kesesakan Trafik, Kawalan Brek Halaju Rendah, dan lain-lain.

Bagaimanapun, peminat Honda di Malaysia tidak perlu risau kerana model ini juga dijangka tiba di negara kita tidak lama lagi. Kemungkinan besar sedan itu dapat dilihat pada hujung tahun ini. Sama-samalah kita tunggu ok!

BACA >>> Masalah Pam Bahan Api: Honda Malaysia Panggil Balik 77,708 Unit Kenderaan

Related

559
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda Civic, Honda Malaysia, Honda Singapore, Honda Singapura, kah motor, Sedan, singapore

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev