• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Taro Imola (2021): Skuter Sport China Gaya Itali, Dua Varian Pilihan 125cc dan 150cc

Taro Imola (2021): Skuter Sport China Gaya Itali, Dua Varian Pilihan 125cc dan 150cc

May 10, 2021 By Shawkath Leave a Comment

138
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

JIKA dahulunya Itali dikenali dengan pengeluaran motosikal dan skuter tiga jenis gaya rekabentuk iaitu eksotik, klasik atau sport. Kini trend itu sudah menjadi ikutan ramai pengeluar motosikal dan skuter di China.

Terbaharu, Zhejiang Chuangtai Motorcycle Co., Ltd. di China tampil dengan dua varian skuter gaya sport baharu iaitu Taro Imola. Berikut ialah perinciannya:

 

  • Taro Imola ditawarkan dengan kapasiti enjin 125cc dan 150cc. Varian 125cc menggunakan enjin silinder tunggal OHC 4-lejang 124.6cc dengan sistem sejukan udara, menghasilkan kuasa 10hp @ 8,000rpm dan tork 10Nm @6,000rpm. Minyak petrol disalurkan melalui kaedah pancitan kawalan elektronik (EFI).
  • Varian 150cc dengan silinder tunggal berkapasiti 149.6cc menggunakan sistem karburator dan CDI mampu menjana 11.5hp @ 8,000rpm dengan tork 12.1Nm @ 6,000rpm. Kedua-dua varian ini dilengkapi transmisi automatik CVT.
  • Ada tiga warna pilihan iaitu kuning, kelabu dan gabungan merah putih. Skim warna kuning dan merah putih didatangkan dengan aksen jalur seakan warna bendera Itali pada dada skuter.
  • Instrumen meter terdiri daripada tiga meter jenis gabungan digital dan analog. Sistem lampu dipercayai adalah jenis LED termasuk projektor bagi lampu depan.
  • Rekabentuk kedua-dua varian Taro Imola adalah sama dengan saiz tangki minyak 5.5 liter tetapi versi 125cc adalah seberat 138kg iaitu satu kilogram lebih berat berbanding 150cc.

  • Sistem suspensi membabtikan fork teleskopik berdiameter 30mm dengan sistem penyerap hentak tunggal di belakang. Saiz roda kedua-dua varian adalah sama iaitu rim 13 inci dibalut tayar berprofil 120/60 (depan) dan 130/60 (belakang).
  • Ketinggian pelana kekal 770mm manakala jarak roda ialah 1,320mm. Bagaimanapun, Imola 150 lebih besar fizikalnya iaitu 2,190mm (panjang), 845mm (lebar) dan 1,285mm (tinggi). Varian 125cc pula sepanjang 1,863mm, 708mm (lebar) dan 1,158mm tinggi.
  • Sistem henti membabitkan brek cakera tunggal 220mm pada roda depan dan 195mm bagi roda belakang. Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) ditawarkan sebagai opsyen tambahan untuk roda depan.
Taro Imola 2021 -8
Taro Imola 2021 - 1 -2
Taro Imola 2021 -6
Taro Imola 2021 -5
Taro Imola 2021 -4
Taro Imola 2021 -3
Taro Imola 2021 - 1 -1
Taro Imola 2021 - 1 -3
Taro Imola 2021 -7
Taro Imola 2021 -2
Taro Imola 2021 -1
Taro Imola 2021 - 1 -4

SUMBER: Warungsep | Taro

Related

138
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Taro Imola 125 (2021), Taro Imola 150 (2021), Zhejiang Chuangtai Motorcycle Co.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev