• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Perodua Aruz (2021) Dikemas Kini! Ada Warna Baharu, Pemijak Sisi, Harga Sama!

Perodua Aruz (2021) Dikemas Kini! Ada Warna Baharu, Pemijak Sisi, Harga Sama!

May 10, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

953
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA mengemas kini model kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi terlaris Malaysia, Aruz untuk tahun ini dengan melakukan beberapa perubahan kosmetik dan ciri teknologi baharu. 

Walaupun hadir dengan warna dan teknologi baharu, Aruz (2021) kekal dijual pada harga sama, iaitu RM68,526 untuk varian X dan RM73,226 untuk AV (atas jalan, sebelum insurans di Semenanjung Malaysia). 

Berikut ciri baharu Aruz (2021), termasuk spesifikasi sedia ada lain:

  • Hadir dengan warna baharu, Passion Red (merah) yang eksklusif untuk varian AV sebagai tambahan kepada warna sedia ada, Granite Grey (kelabu), Electric Blue (biru), Glittering Silver (perak) dan Ivory White (putih).
  • Kini dilengkapi pemijak sisi untuk memudahkan penumpang keluar dan masuk kenderaan.
  • Ada ciri kunci pintu automatik apabila kelajuan melebihi 20kmj, dan pintu akan dibuka automatik jika berlaku perlanggaran. 

enjin Perodua Aruz

  • Dijana enjin 4-silinder 1.5L DVVT-i berkuasa 103hp dan tork 136Nm serta dipadankan dengan transmisi automatik kawalan elektronik (E-AT).
  • Bahagian luaran menggunakan lampu depan LED dengan ciri Follow-Me-Home (lampu automatik untuk varian AV), rim aloi dwi-tona 17 inci, difuser krom dengan lampu kabus pada bampar depan.

  • Sistem infotainmen skrin sentuh dengan paparan kamera undur untuk semua varian. Varian AV ada tambahan kerusi kulit, HDMI, Smart Link, navigasi dan perakam video pemanduan.
  • Menawarkan pelbagai konfigurasi tempat duduk untuk ekstra muatan mengikut keperluan, iaitu 60:40 apabila tempat duduk baris kedua direbahkan, atau 50:50 jika baris ketiga direbahkan.
  • Sistem keselamatan dilengkapi 6 beg udara (standard untuk semua varian), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Bantuan Mula-Daki (HSA) dan ISOFIX. Varian AV menawarkan Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) 2.0.

BACA >>> Perodua Aruz - SUV 7-Kerusi Kini di Malaysia, Harga Bermula RM72,900!
BACA >>> Lepas Pandu Uji, Inilah Pandangan Kami Mengenai Perodua Aruz (2019)

Related

953
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: ADAS, Aruz, asa, asa 2.0, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Perodua, perodua aruz, Perodua Aruz (2021), Roda4, SUV, Toyota, Toyota Rush

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev