• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Proton Satria Evo III

Proton Satria Evo III

October 4, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

proton satria evo IIIPROTON Satria adalah salah satu produk terlaris yang pernah dihasilkan oleh Proton. Jentera ini sering menjadi tumpuan anak-anak muda terutamanya mereka yang baru mahu menjinakkan diri dalam dunia sukan permotoran.

Maka tidak hairanlah apabila kita sering melihat kelibat model ini dalam sesuatu acara sukan permotoran. Begitu juga dengan pemilik jentera yang menghiasi ruangan Bikin Kereta kali ini.

Menurut empunya jentera, Nur Ariff Fadzlin, menjadikan Proton Satria sebagai ‘teman hidup’ dan sanggup menghabiskan wang ringgit demi kepuasan dirinya.

Bagi memastikan Proton Satria yang dimiliki berada pada tahap terbaik, Ariff memilih untuk menjalani beberapa proses penambahbaikan ekstrem terutamanya pada ruangan enjin.

Proton Satria Evo III ENJIN MITSUBISHI EVO III

Untuk itu, Sang Satria berwarna kuning ini memilih ‘jantung hati’ 4G63 yang diambil daripada model Mitsubishi Evolution III.

Bukan itu saja, enjin Evo III ini turut menjalani beberapa lagi proses penambahbaikan. Antaranya, penggunaan piston Wiseco bersaiz  86.5mm bersama-sama konrod berprestasi tinggi dari jenama BC. Damper dari ATI juga dijadikan sebagai pilihan untuk mengurangkan kehilangan kuasa sementara pada bahagian ‘crankshaft’.

Selain itu, injector jenis 700cc dari Denso bersama fuel rail SARD diberi kepercayaan untuk mengalirkan bahan bakar ke bahagian pembakaran. Pada bahagian cam pulley pula, ia memilih jenama Works Engineering bersama-sama timing belt jenis power belt.

proton satria evo III
proton satria evo III
proton satria evo III
proton satria evo III

Beralih ke bahagian turbo, tugasan diberikan kepada pengecas turbo jenis TD05 25g yang ditempah khas MTS Turbo Service. Manakala wastegate pula menggunakan dari jenama Turbosmart. Begitu juga boost controller  yang turut menggunakan jenama yang sama.

Transmisi pula masih lagi menggunakan dari Evo III yang asal dan klac berpretasi tinggi dari Exedy jenis 4 kaki telah digunakan unuk memantapkan lagi pindahan kuasa dari enjin ke kotak gear.

Tidak berhenti setakat itu, Proton Satria Evo III memilih suspensi boleh laras dari GAB. Seterusnya, bahagian roda memilih tayar dari jenama Toyo jenis Proxes R888 semi-slick bersama-sama ‘teman hidup’  rim berketahanan tinggi Enkei RPF bersaiz 15-inci.

proton satria evo III
proton satria evo III

LUARAN

Dari jauh, Proton Satria Evo III ini sudah boleh kelihatan dengan jelas. Walaupun tampak seakan sama seperti rekabentuk asal Satria, namun beberapa peningkatan sudah dilakukan. Antaranya bentuk badan jenis Cyborg dari Mitsubishi Colt. Untuk kelainan, Proton satria ini juga dipadankan dengan sunroof.

proton satria evo IIIDALAMAN

Masuk ruang kabin, Proton Satria Evo III ini memilih papan pemuka milik Mitsubishi Evo III. Tempat duduk pula dipadankan dengan jenis bucket dari jenama BRIDE. Manakala tempat duduk penumpangpula dari jenama jenama Recaro.

Bagi kemudahan pemandu untuk memantau keadaan kereta, meter paparan tambahan sepeti meter boost dan suhu enjin digunakan. Dasyat?

Sekiranya anda memiliki Proton Satria tetapi tiada idea mahu memilih konsep apa, mungkin boleh mengikuti jejak langkah seperti empunya jentera ini.

proton satria evo III

FOTO Khyroll Adzham

SPESIFIKASI

Proton Satria

ENJIN Mitsubishi 4G63 Evo III
MODIFIKASI ENJIN piston Wiseco 86.5mm, conrod BC, King bearing, Ati damper, Banana, wastegate Turbosmart, boost controller Turbosmart, cam Tomei 280, adjustable cam pully Works, injector 700cc Denso, NGK cable plug, plug Irridium, radiator aloy double layer, fuel rail Sard, Arp head stud, Arp rod bolt, timing belt Power belt, piping ekzos straight pipe 3 inch, muffler Jasma SR, turbo td05 25g custom by MTS Turbo Service, blowoff SSQV HKS, valve spring BC, crank 2.2
ELEKTRONIK GReddy Emanage
TRANSMISI Manual Evo3, klac Exedy 4 kaki.
SUSPENSI Adjustable GAB
RODA Enkei RPF 15inch, tayar Toyo Proxes R888 semislick
LUARAN Bodypart Cyborg, sunroof
DALAMAN Papan pemuka Evo3, saet full bucket Bride, Recaro Evo2 passenger, boost Exi, ext temp Sard, Defi 3 beradik volt, vacuum, oil temp.
BENGKEL Akwawork Garage, MTS Turbo Service
PEMILIK Nur Ariff Fadzlin

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Akwawork Garage, Mitsubishi Evolution III, MTS Turbo Service, Nur Ariff Fadzlin, proton satria, proton satria Evo III

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev