SEJAK Yamaha menamatkan pengeluaran YZF-R6 disebabkan masalah regulasi emisi, desas-desus mengenai model pengganti mula menular dalam kalangan peminat sportbike middleweight.
Antara spekulasi paling masuk akal diperkatakan adalah ide memindahkan trenkuasa jentera naked MT-07 kepada model siri baharu yang dinamakan sebagai YZF-R7.
Pada pertengahan Mac lalu, Yamaha memberikan harapan kepada peminatnya selepas bocor dokumen paten dengan nama YZFR7NCB dan YZFR7NCL dalam simpanan Lembaga Sumber Udara California (CARB) 2022.
Terbaharu pada 5 Mei lalu, Yamaha Motor Europe menyiarkan video acah 28 saat di saluran YouTube pengeluar itu yang seakan memberikan bayangan kuat mengenai kemunculan R7.
Dengan judul 'Track, Street. R/World', kapsyen pula ditulis “R/World is coming your way with something new. Soon. #RWorld”.
Kandungan video pula memaparkan rakaman sudut pandang depan penunggang yang sedang memecut laju atas trek sambil diiringi muzik elektronik. Apabila muzik mula perlahan pada pengehujung klip, dapat kedengaran rev enjin lembut yang agak sama dengan deruman MT-07
Bagaimanapun, tiada sebarang petunjuk mengenai sesaran enjin digunakan ataupun sebarang kaitan dengan MT-07 dalam video acah berkenaan. Jadi segalanya masih menjadi tanda tanya.
Apa kata anda?
BACA >>> Yamaha YZF-R7 Bukan Khabar Angin, Dokumen Daftar Sudah Hantar
BACA >>> Yamaha MT-07 (2021) Serba Baharu Lancar, Enjin Sama dengan Naik Taraf ECU, Harga RM32k
Jan says
boleh ke yamaha r7 ni fight aprilia rs660? sekurang2 kena ada 90hp jgk. banyak kena tambah dari enjin mt07 sekarang yg cuma sekitar 70hp.