VOLKSWAGEN merancang memperkenalkan idea mengenai metod bayar-untuk-guna (pay-to-use, P2U) untuk diaplikasikan pada teknologi pemanduan autonomi masa depan.
Pengeluar automotif dari Jerman itu membayangkan metod tersebut sebagai efektif dari segi kos walaupun boleh menyebabkan pengguna membayar lebih selain memeningkan kepala mereka.
Idea tersebut dikongsikan Ketua Jualan dan Pemasaran Volkswagen, Klaus Zellmer dalam temu bual dengan portal permotoran Top Gear.
Asasnya, pemilik atau pengguna kereta boleh menghidupkan atau mematikan fungsi pemanduan autonomi mengikut keperluan, sama seperti Tesla. Maksudnya, ciri itu boleh digunakan apabila diperlukan, dan dimatikan jika tidak dimahukan. Jadi, pengguna hanya perlu bayar setiap kali menggunakan teknologi tersebut.
Apabila ditanya mengenai harga, Zellmer berkata, segalanya bergantung kepada kos dan keuntungan kerana pemasangan mod pemanduan autonomi Tahap 4 memang mahal hingga mencecah lima angka dalam matawang Euro.
Sebenarnya idea mengenai P2U untuk teknologi pemanduan autonomi pernah diketengahkan BMW, tetapi gagal direalisasikan kerana mendapat respons negatif banyak pihak.
Malah, metod itu juga bukan idea yang bagus kerana membuatkan pemilik tiada hak sepenuhnya terhadap kereta mereka. Ini kerana ada beberapa ciri tertentu perlu dibayar dulu sebelum diaktifkan.
Namun, jika jadi kenyataan, pengeluar kereta pasti akan menggunakan cara sama untuk ciri lain demi menambahkan keuntungan.
BACA >>> Volkswagen Malaysia Lancar Kempen Raya-Raya, Diskaun RM1k untuk Model Terpilih
BACA >>> Lawak April Fool: Amerika Siasat Volkswagen
SUMBER: Jalopnik
Leave a Reply