• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Michelin Bakal Hasilkan Tayar Guna Sisa Botol Plastik

Michelin Bakal Hasilkan Tayar Guna Sisa Botol Plastik

May 6, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

235
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SASARAN Michelin untuk mencapai 40 peratus penggunaan material lestari (daripada bahan boleh diperbaharui atau kitar semula) pada 2030, dan 100 peratus menjelang 2050 semakin hampir dicapai. 

Pengeluar tayar dari Perancis itu berjaya menguji teknologi kitar semula plastik daripada syarikat biokimia Perancis, Carbios yang boleh digunakan untuk menghasilkan tayar kenderaan. 

Proses mengitar semula enzimatik untuk polietilena tereftalat (polyethylene terephthalate), atau biasa dipanggil sebagai PET, bergantung kepada enzim yang mampu menyahkan polimer (depolimerisasi).

PET adalah jenis plastik digunakan untuk membuat botol, pakaian poliester dan beberapa jenis karpet yang biasanya dikitar semula, tetapi juga salah satu sumber utama sisa plastik. 

Menurut Michelin, amalan kitar semula konvensional tidak memberikan hasil sesuai untuk kegunaan tayar. Bagaimanapun, proses enzimatik menghasilkan poliester berketahanan tinggi yang sesuai untuk kegunaan tayar kerana tahan lasak, dan kental serta memiliki termal stabil. 

Michelin menjangka hampir 3 bilion botol plastik boleh dikitar semula kepada serat teknikal untuk kegunaan syarikat tayar. Sekiranya berjaya, ciptaan itu akan memberikan perubahan besar terhadap sistem pengurusan sisa plastik dan alam sekitar.

BACA >>> Michelin Indonesia Henti Guna Pembalut Plastik untuk Tayar Motosikal
BACA >>> Michelin Patenkan Peranti Undur Motosikal

SUMBER: Autoblog.com

Related

235
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kitar Semula, Michelin, PET, Polietilena Tereftalat, Polimer, Polyethylene Terephthalate, Tayar, Tayar Kitar Semula, tayar michelin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev