• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Model Baharu Nissan Kini Boleh Beli di Lazada, Deposit Serendah RM250!

Model Baharu Nissan Kini Boleh Beli di Lazada, Deposit Serendah RM250!

May 5, 2021 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan Nissan Flagship Store menerusi platform e-dagang Lazada untuk kesenangan dan pengalaman pembelian kenderaan Nissan dengan lebih terjamin.

Seiring Jualan 5.5 Lazada, pelanggan boleh membuat tempahan beberapa model Nissan baharu dengan deposit serendah RM250 sahaja, terdiri daripada:

  • Almera 1.0L Turbo serba baharu
  • Navara
  • X-Trail
  • Serena S-Hybrid

Malah, 55 pelanggan pertama akan menerima hadiah percuma berupa mesin pembancuh kopi Nescafe berharga RM598.

  • Model Nissan Almera kini ditawarkan bersama pakej aksesori Urban bernilai RM 5,500 dan ada pelan tawaran Pembiayaan Flexi serendah RM540 sebulan.
  • Bagi penjawat awam, anda boleh membeli varian Almera 1.0L Turbo VL dengan harga permulaan serendah RM71,906.
  • Penggemar Navara boleh membeli trak pikap itu menerusi Pembiayaan Flexi dengan ansuran bulanan serendah RM950.
  • Nissan X-Trail ditawarkan dengan pakej aksesori IMPUL atau Aero Edition bernilai RM5,600.
  • Pembeli baharu Nissan Serena S-Hybrid disediakan jaminan servis percuma selama tiga tahun, termasuk alat ganti dan caj buruh.

Anda boleh akses Nissan Flagship Store di Lazada melalui pautan ini: www.lazada.com.my/shop/nissan-malaysia-flagship-store.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi talian Khidmat Pelanggan Nissan di 1800-88-3838 atau menerusi laman web Nissan (www.nissan.com.my).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Edaran Tan Chong Motor (ETCM), ETCM, Lazada, Nissan, Nissan Flagship Store

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev