• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah Sebab Kenapa Stesen Shell Mint Hotel Dapat Piawaian Emas GBI

Inilah Sebab Kenapa Stesen Shell Mint Hotel Dapat Piawaian Emas GBI

May 5, 2021 By Shawkath 1 Comment

337
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda, Stesen Shell Mint Hotel di tepi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah Selatan menghala ke Seremban ialah stesen minyak pertama Malaysia menerima pengiktirafan Piawaian Emas Sementara daripada Indeks Bangunan Hijau (GBI)?

Anugerah itu diterima Stesen Shell Mint Hotel kerana memenuhi syarat Piawaian Emas GBI apabila menggabungkan pendekatan inovasi sumber tenaga boleh diperbaharui (RE) dan cekap tenaga (EE).

Berikut perincian inovasi hijau RE dan EE di Stesen Shell Mint Hotel:

SOLAR
  • Bumbung dengan sistem foto voltan (Photo Voltaic - PV) mampu menjana tenaga elektrik hampir 90,575KWh setiap tahun. Jumlah kuasa ini cukup untuk kegunaan tenaga purata bagi 382 isi rumah dalam sebulan.
  • Tenaga elektrik yang terhasil daripada panel bumbung solar mampu kurangkan emisi karbon stesen sebanyak 62.8 tan setahun, yang menyamai kerja menyelamatkan 1,118 pokok!
  • Tahukah anda, sebatang pokok biasa mampu menyerap antara 30kg hingga 60kg gas karbon monoksida (bergantung lokasi)?
AIR
  • Memiliki sistem tuai air hujan untuk simpanan dan kegunaan stesen yang bertujuan mengurangkan penggunaan air daripada pihak pembekal.
  • Sistem konservasi air dengan kaedah pengairan efisien dapat menjimatkan hampir 167,749 gelen air setahun (hampir 635,000 liter).
  • Jumlah itu menyamai kegunaan 24 isi rumah setiap bulan. Berdasarkan sumber Air Selangor, satu isi rumah meggunakan 20,000 liter air sebulan.
SISA MAKANAN
  • Mampu memproses sisa makanan menjadi baja dengan bantuan mesin kompos. Menarik?
  • Mampu mengumpul kira-kira 30kg sisa makanan setiap hari dan diproses menjadi hampir 6kg baja. Dalam setahun, jumlah sisa makanan ialah 2,190kg baja bagi kegunaan 4,000 tanaman dalam pasu!
  • Sebatang pokok dalam pasu biasanya menggunakan 500 gram hingga 1.5kg baja.
INISIATIF LAIN
  • Memiliki sistem penyaman udara dan penyejuk EE, kemudahan kitar semula dan sistem pencahayaan LED pintar di ruangan depan.

BACA >>> Kiosk Makanan Deli by Shell Pertama Kini Dibuka di Stesen LRT Abdullah Hukum
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?

Related

337
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: Anugerah Emas Shell Malaysia, Auto Terkini, Shell Indeks Bangunan Hijau (GBI), Shell Malaysia, Shell Mint Hotel 2021, Stesen Minyak Shell

Comments

  1. Fateha Kamsidin says

    June 27, 2021 at 7:29 PM

    Hi Shell, tahniah kerana telah mendapat pengiktirafan Piawaian Emas Sementara daripada Indeks Bangunan Hijau (GBI). Boleh saya tahu dimana saya boleh beli mesin kompos sisa makanan seperti di Shell Mint Hotel tersebut ya? saya sangat terinspirasi dengan saiz dan kaedah penggunaannya. Nampak ergonomik dan mesra pengguna. Boleh saya letakkan mesin ini di rumah atau di komuniti tempat tinggal saya.

    Terima kasih.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev