• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ambulans Tak Cukup, Keluarga Ini Terpaksa Bawa Mayat Ibu Naik Motor

Ambulans Tak Cukup, Keluarga Ini Terpaksa Bawa Mayat Ibu Naik Motor

May 3, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SITUASI pandemik Covid-19 di India kini berada dalam keadaan tidak terkawal yang menyebabkan ramai pesakit gagal mendapatkan rawatan sepatutnya.

Terbaharu, tular satu video menyaksikan dua lelaki terpaksa membawa mayat ibu menaiki motosikal kerana tiada ambulans. 

Menurut media tempatan, mayat wanita itu ialah G Chenchu, 50, dari kampung Killoyi yang disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19. 

In a heart-wrenching incident, a dead body of a 50-year-old woman in Srikakulam district was shifted on a motorbike after their attempts to arrange an ambulance failed on Monday.@ysjagan @ArogyaAndhra #AndhraPradesh #COVID19India #CoronavirusIndia pic.twitter.com/WWVxXkNP76

— TeluguBulletin.com (@TeluguBulletin) April 27, 2021

Anak mangsa, Narendra dan menantunya, Ramesh terpaksa membawa mayat si ibu menaiki motosikal selepas gagal mendapatkan ambulans.

Asalnya, kedua-dua mereka membawa mangsa ke Hospital Neelaman di Palasa, India untuk mendapatkan rawatan. Selepas disahkan positif Covid-19 dan meninggal dunia, mereka terpaksa pula meredah perjalanan sejauh 15km untuk melakukan upacara pengebumian dengan membakar mayat di kampung.

Apa berlaku di India ketika ini adalah situasi yang sangat memilukan. Negara itu kini mencatatkan lebih 400,000 kes sehari dan berdepan masalah fasiliti tidak mencukupi untuk menampung jumlah pesakit yang meningkat tinggi. Pakar juga mendakwa angka kematian sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding apa dilaporkan Kerajaan. 

Lihat saja gambar di atas yang menunjukkan barisan jenazah sedang menunggu untuk dimakamkan. Semoga situasi ini menjadi pengajaran untuk kita semua untuk terus menjaga jarak dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.

BACA >>> Netizen Sokong Mat Motor Lari Roadblock, Rakyat Dah Tak Hormat Polis?
BACA >>> #TahukahAnda: Memandu Pakai Selipar (Walaupun 'Muslim Friendly') Boleh Kena Saman?

SUMBER: GridMotor.id

Related

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bawa Mayat Naik Motor, Covid-19, Covid-19 India, India, motosikal, Pandemik India, tular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev