• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Audi Q3 Sportback (2020) Kini di Malaysia, Harga RM322,900!

Audi Q3 Sportback (2020) Kini di Malaysia, Harga RM322,900!

April 30, 2021 By Azhan O Leave a Comment

804
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AUDI Q3 Sportback (2020) yang diperkenalkan pada Julai 2019 sebenarnya sudah pun dijual di pasaran Malaysia dan didatangkan dalam varian enjin 2.0 TFSI Quattro.

Enjin ini setahap lebih tinggi daripada Q3 biasa dengan enjin 1.4L TFSI, juga lebih mahal iaitu RM301,738.62, iaitu kira-kira RM40,000 berbanding Q3 1.4 TFSI! Harga yang mahal mestilah setanding dengan prestasi, ciri dan teknologi ditawarkan.

Atas kertas, Q3 Sportback (2020) ini akan bersaing dengan BMW X2 sDrive20i (harga RM329k). Bagi pasaran tempatan, kenderaan utiliti sukan (SUV) ini didatangkan pakej hitam sebagai standard yang sepadan dengan penampilannya yang sporty.

Aspek mekanikal dijana enjin petrol 4-silinder 2.0L pengecas turbo berkuasa 180hp @ 3,900- 6,000rpm dan tork 320Nm @ 1,400rpm - 3,940rpm. Hantaran gear kepada keempat-empat roda menggunakan transmisi dual-klac (DCT) S tronic 7- kelajuan dengan pecutan 0-100kmj sepantas 7.8 saat. Kelajuan maksimum pula 220kmj pada kadar penggunaan bahan api 8.1 liter per 100km.

Sebenarnya ada versi lebih berprestasi yang berkuasa 230hp dan tork 350Nm serta pecutan sepantas 6.5 saat. Namun, Q3 Sportback tetap memiliki tork lebih tinggi daripada X2 sDrive20i (192hp, 280Nm). SUV BMW itu juga menggunakan transmisi DCT 7-kelajuan.

Ciri luaran Q3 Sportback ialah lampu utama LED penuh dengan rekaan signatur lampu siang (DRL) LED. Lampu belakang \ juga LED penuh dengan signal belok dinamik.

Bahagian roda menggunakan rim Audi Sport 19 inci lima jejari kembar dalam kemasan titanium dan dibalut tayar 255/45.

Ruang kabin menampilkan stereng kulit tiga jejari dengan pedal syif, cermin pandang belakang auto-malap tanpa frem, kemasan dekoratif aluminium, kokpit virtual Audi 12.3 inci, radio MMI dengan Sistem Bunyi Audi (ASS), sistem kawalan klimat dwi-zon, dan kerusi depan elektrik dengan sokongan lumbar 4-tetapan.

Kemasan kulit turut digunakan pada set upholsteri selain kerusi seperti papan pemuka, perehat lengan dan panel pintu.

Q3 Sportbike turut dilengkapkan ciri keselamatan seperti kunci keselamatan kanak-kanak, imobiliser, ISOFIX dengan pautan atas (top tether) untuk kerusi belakang, beg udara sisi di depan dan beg udara tirai, termasuk ciri keselamatan pasif seperti sistem kawalan jelajah, sistem parkir Audi, kamera pandang belakang, dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC).

Memiliki Q3 membolehkan anda memandunya setiap hari kerana crossover kompak pertama Audi ini bukan saja menawarkan penampilan sporty yang elegan, tetapi juga versatiliti dari segi praktikaliti, ruang dan fungsi sebuah SUV. Malah boleh dipacu di lebuh raya pada bila-bila masa dengan memberikan cukup kuasa yang diinginkan.

Menarik tentang Q3 Sportback ini lagi, Audi Malaysia kekal menawarkan harga pelancaran RM322,900, iaitu harga tanpa cukai jualan.

Jika anda berminat dengan Q3 Sportback, apa kata klik pautan ini >>> Audi Q3 Sportback <<< untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai SUV kompak mewah ini. 🤗

audi-q3-sportback-2020-msia-1
audi-q3-sportback-2020-msia-2
audi-q3-sportback-2020-msia-3
audi-q3-sportback-2020-msia-4
audi-q3-sportback-2020-msia-5
audi-q3-sportback-2020-msia-6
audi-q3-sportback-2020-msia-7
audi-q3-sportback-2020-msia-8
audi-q3-sportback-2020-msia-9
audi-q3-sportback-2020-msia-10
audi-q3-sportback-2020-msia-17
audi-q3-sportback-2020-msia-13
audi-q3-sportback-2020-msia-19
audi-q3-sportback-2020-msia-12
audi-q3-sportback-2020-msia-20
audi-q3-sportback-2020-msia-11
audi-q3-sportback-2020-msia-27
audi-q3-sportback-2020-msia-21
audi-q3-sportback-2020-msia-26
audi-q3-sportback-2020-msia-30
audi-q3-sportback-2020-msia-29
audi-q3-sportback-2020-msia-23
audi-q3-sportback-2020-msia-24
audi-q3-sportback-2020-msia-22
audi-q3-sportback-2020-msia-25
audi-q3-sportback-2020-msia-28

Related

804
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Audi, Audi Malaysia, Audi Q3 Sportback (2020), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev