• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aprilia Kekal Bersaing dalam MotoGP Hingga 2026!

Aprilia Kekal Bersaing dalam MotoGP Hingga 2026!

April 30, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DORNA Sports
mengumumkan menandatangani perjanjian bersama Aprilia Racing untuk terus bersaing dalam Kejuaraan Dunia MotoGP hingga 2026. Jadi, lima musim akan datang bakal menyaksikan Aprilia meneruskan misi penyelidikan teknologi dan eksperimentasi di bawah Piaggio Group.

Aprilia bersaing sebagai pasukan pengilang (factory) dengan jentera rasmi RS-GP. Perjanjian bersama pasukan Gresini Racing yang bermula sejak 2015 juga akan tamat musim ini.


Aprilia antara jenama paling berprestij dalam sejarah perlumbaan motosikal dengan memenangi 54 kejuaraan dunia. Jumlah itu terdiri daripada 38 kejuaraan dalam perlumbaan Kejuaraan Grand Prix (GP) Dunia, tujuh dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) dan sembilan dalam perlumbaan off-road. Kejayaan meraih 294 kemenangan Grand Prix juga menjadikan Aprilia jenama Eropah paling banyak memenangi perlumbaan GP.

Terdapat ramai pelumba legenda dan hebat yang memulakan karier mereka dengan Aprilia. Antaranya Max Biaggi, Loris Capirossi, Alex Gramigni, Valentino Rossi, Jorge Lorenzo, Casey Stoner, Manuel Poggiali, Marco Simoncelli dan Alvaro Bautista.

BACA >>> Pasukan VR46 Sertai MotoGP Musim Depan!
BACA >>> Jarang Gagal di Jerez, Rossi Buru Podium MotoGP ke-200

SUMBER: MotoGP

Related

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aprilia, Auto Terkini, Kejuaraan Dunia MotoGP, MotoGP, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev