• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pasukan VR46 Sertai MotoGP Musim Depan!

Pasukan VR46 Sertai MotoGP Musim Depan!

April 29, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

809
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYARIKAT petroleum terbesar Arab Saudi, Aramco mengumumkan akan menaja pasukan VR46 untuk menyertai kelas premier Kejuaraan Dunia MotoGP untuk sekurang-kurangnya lima musim. Perjanjian itu akan bermula tahun depan 2022 hingga 2026, sama seperti kebanyakan pengeluar lain yang bersaing dalam kelas sama.

Pasukan milik Valentino Rossi itu mungkin menggantikan pasukan Epsonorama Avintia yang tidak lagi bersaing dalam MotoGP musim depan. Setakat ini, jenis jentera dan siapa pelumba akan mewakili pasukan tersebut masih belum diumumkan.

Namun, ada ura-ura mengatakan pasukan VR46 berminat menggunakan jentera Suzuki melalui program satelit. Bagaimanapun, kerjasama dengan Aprilia juga boleh berlaku jika perjanjian dengan Suzuki tidak dapat dicapai.

Tiada kemungkinan perjanjian dengan Ducati kerana pengeluar Itali itu baru saja menandatangani persetujuan bersama Gresini Racing. Yamaha pula masih terikat dengan Petronas SRT untuk menyediakan jentera YZR-M1. Pengeluar itu juga tidak berminat mempunyai lebih empat pelumba.

Luca Marini

Terdapat juga khabar angin mendakwa juara Moto2 enam kali, Luca Marini akan mengisi salah satu slot pelumba pasukan MotoGP VR46. Satu lagi kekosongan pula akanl diisi Marco Bezzecchi yang menolak tawaran Aprilia kerana memilih untuk setia bersama pasukan Rossi itu. Namun, beluam ada sebarang kepastian setakat ini. 

BACA >>> Jarang Gagal di Jerez, Rossi Buru Podium MotoGP ke-200
BACA >>> Rossi Kesal Tak Menang 2006, Dakwa Dihalang Jadi Juara 2015

SUMBER: motorsportweek.com

Related

809
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akademi VR46, aramco, luca marini, marco bezzecchi, MotoGP, roda2, Valentino Rossi, VR46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev