JUARA dunia dan mantan pelumba Yamaha, Jorge Lorenzo mengkritik Yamaha atas layanan kepada pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli yang disifatkan sebagai 'pilih bulu'.
Lorenzo percaya Morbidelli layak mendapat layanan sama diterima pelumba Yamaha lain seperti Maverick Vinales, Fabio Quartararo dan Valentino Rossi dengan membekalkan jentera sama seperti mereka.
Apatah lagi, Morbidelli ialah pelumba kedua terbaik keseluruhan dalam saingan Kejuaraan Dunia MotoGP 2020, sekali gus membuatkan dia layak mendapat spesifikasi jentera terkini.
Lorenzo turut membandingkan situasi Morbidelli dengan Ducati yang mana pasukan dari Itali itu membekalkan jentera sama untuk keempat-empat pelumbanya, sesuatu yang tidak dilakukan Yamaha.
Franco patut demand layanan sama rata daripada Yamaha, tapi sekarang baguslah dia dah mula cakap dengan team lain yang nakkan dia.”
Isu sama turut diutarakan pelumba legenda, Max Biaggi dalam satu temu bual apabila meluahkan rasa kasihannya kepada Morbidelli kerana mendapat jentera lama jika dibandingkan pelumba lain.
Morbidelli tu naib juara dunia kot. Aku tak faham kenapa diorang tak bagi layanan yang sepadan dengan merit dia?”
Kesian juga tengok nasib Morbidelli tu. Apa dia boleh buat sekarang adalah terus fokus berlumba dan buktikan Yamaha melakukan kesilapan jika terus tidak mempedulikannya.
BACA >>> Rossi Kesal Tak Menang 2006, Dakwa Dihalang Jadi Juara 2015
BACA >>> Lorenzo Kecewa Aksi Rossi di Qatar, Yakin Bangkit di Jerez
SUMBER: bikesportnews.com | gpone.com
Leave a Reply