• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Persatuan Pengeluar Automotif AS Bantah Haramkan Enjin Petrol

Persatuan Pengeluar Automotif AS Bantah Haramkan Enjin Petrol

April 28, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

294
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERSATUAN Pengeluar Peralatan dan Motor (MEMA) akan mewakili banyak pengeluar automotif di Amerika Syarikat (AS) untuk berjumpa pihak Kerajaan, minggu depan bagi menyatakan bantahan terhadap penetapan tarikh penamatan jualan kenderaan penumpang petrol pada 2035.

Ini kerana MEMA berpendapat enjin petrol sepatutnya dibenarkan dijual untuk sekurang-kurangnya 20 tahun lagi, iaitu hingga 2041.

MEMA, yang mewakili lebih 1,000 pengeluar kenderaan di AS, akan mengemukakan cadangan kepada jawatankuasa Senat Perdagangan untuk menetapkan syarat supaya pengeluar berusaha menambah baik enjin pembakaran dalaman. Menurut persatuan itu lagi, tindakan itu jauh lebih baik daripada terus mengharamkan kenderaan petrol atas jalan.

Timbalan Presiden Senior untuk Urusan Kerajaan MEMA, Ann Wilson (foto atas) berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada Kerajaan mengenai kenderaan petrol mungkin berada atas jalan untuk 20 tahun lagi. 

Menurutnya, masalah perubahan iklim tidak akan selesai jika enjin pembakaran dalaman tidak ditambah baik supaya jadi lebih cekap. Jika AS menumpukan kepada pembuatan kereta elektrik sahaja, dijangka hingga 30 peratus tenaga kerja tradisional akan lenyap kerana bahagian enjin, transmisi dan bahagian lain tiada pada kereta elektrik.

Sebelum ini, 12 gabenor negeri AS seperti California, New York, Massachusetts dan North Carolina mendesak Presiden Joe Biden menyokong pengharaman jualan kenderaan petrol bermula 2035. 

California pada September lalu mendakwa akan menghentikan jualan kenderaan penumpang petrol pada 2035. Bagaimanapun, kempen Biden tahun lalu tidak menyokong pelan negeri tersebut.

BACA >>> Jepun Bakal Haramkan Jualan Kereta Petrol Baharu Menjelang 2030
BACA >>> Aston Martin Buat 2 Kereta Eletrik, Sedia Hadapi Larangan Enjin Petrol, Diesel Menjelang 2030 di UK

SUMBER: autoblog.com

Related

294
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amerika Syarikat, Auto Terkini, Enjin Petrol, EV, Joe Biden, Kenderaan Elektrik, mema, Motor & Equipment Manufacturers Association, Pengharaman Kereta Petrol, Presiden AS Joe Biden

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev