• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ringkasan Awal F1 2021: Debaran Hamilton, Verstappen yang Saling Mencabar

Ringkasan Awal F1 2021: Debaran Hamilton, Verstappen yang Saling Mencabar

April 29, 2021 By Talib Leave a Comment

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKSI pembukaan kejuaraan dunia perlumbaan Formula Satu (F1) sudah bermula 26-28 Mac lalu di Litar Antarabangsa Bahrain yang dimenangi juara bertahan, Lewis Hamilton.

Kejayaan beliau memenangi perlumbaan tersebut tidak datang dengan mudah kerana diberikan saingan sengit daripada pelumba Red Bull Racing Honda, Max Verstappen hingga pusingan akhir dengan dibezakan jurang masa 0.745 saat.

Hamilton dicabar sengit Verstappen hingga garisan penamat di GP Bahrain.

Verstappen juga berjaya memintas Hamilton di pusingan ke-53, tetapi terpaksa menyerahkan semula posisi pertama itu selepas dikesan terkeluar dari trek ketika melakukannya. Malah dia juga memulakan perlumbaan di grid pertama.

Walaupun strategi pasukan Mercedes membolehkan Hamilton meraih kedudukan pertama, tetapi peningkatan prestasi jentera Red Bull yang dipandu Verstappen dilihat mampu mencabar lawannya itu.

Giliran Verstappen pula menang di GP Emilia Romagna, Itali.

Perlumbaan kedua pula berlangsung pada 16-18 April lalu di GP Emilia Romagna, Itali, dan kali ini giliran Verstappen memenangi perlumbaan tersebut dengan jurang masa 22 saat.

Perlumbaan sengit bermula seawal pusingan pertama apabila Verstappen memintas Hamilton yang bermula di grid pertama di selekoh kedua Turn 2. Berdasarkan keseluruhan perlumbaan, Verstappen memintas jentera Hamilton tiga kali, termasuk menjarakkan kedudukan sejak perlumbaan bermula semula di pusingan 34.

Menariknya, dalam perlumbaan yang hampir keseluruhannya berlangsung dalam kondisi trek basah, banyak kemalangan berlaku sejak awal perlumbaan. Hamilton juga terbabit dengan kemalangan pada pusingan ke-31, tetapi dapat bangkit semula dan meraih posisi ke-8.

Dalam insiden lain, perlanggaran halaju tinggi antara Valtteri Bottas (Mercedes) dan George Russell (Williams Mercedes) mengakibatkan bendera merah terpaksa dikibarkan pada pusingan ke-32.

Verstappen terus unggul di depan apabila perlumbaan dimulakan semula, sebaliknya Hamilton yang bermula di grid ke-8 ketika itu terpaksa memintas satu persatu jentera di hadapan sebelum mendapatkan kedudukan kedua akhir perlumbaan.

Sifat enggan mengalah dipamerkan Hamilton nyata dikagumi berikutan kejayaannya membebaskan jentera daripada perangkap pasir akibat kemalangan hingga berjaya meraih podium kedua.

Verstappen jelas mengemudikan jentera sebaik mungkin pada perlumbaan tersebut untuk mendapatkan podium pertama di Itali sejak memanaskan trek F1. Kemenangan itu mengukuhkan kedudukannya di ranking kedua keseluruhan dan hanya dibezakan satu mata dengan pendahulu, Hamilton. Satu mata itu diperoleh daripada bonus masa terpantas dalam perlumbaan akhir.

Berdasarkan keputusan dan aksi dalam dua pusingan kejuaraan awal tersebut, jentera Verstappen dilihat mampu memberikan saingan sengit kepada Mercedes.

Siapa akan jadi juara F1 di GP Portugal musim ini?

Minggu ini pula akan berlangsung pusingan ketiga F1 di Portugal. Aksi menarik pasti berlaku dan jurang sesama pasukan pula semakin rapat disebabkan tiada penguasaan penuh pasukan Mercedes.

Pasukan Mclaren F1 yang dikuasakan enjin Mercedes  turut memulakan musim ini dengan baik apabila pelumbanya, Lando Lorris mendapat kedudukan keempat di GP Bahrain dan tempat ketiga di GP Emillia Romagna.

Pasukan Ferrari pula seperti masih mencari formula terbaik bagi memberikan cabaran ke atas pasukan Mercedes dan Red Bull Racing Honda. Kedudukan tempat keempat dan kelima nyata gagal menyerlahkan kekuatan jentera dari Itali itu disebabkan masih dapat ditinggalkan Verstappen, termasuk diatasi Hamilton yang bermula di grid ke-8.

Tambahan mata daripada perlumbaan pecutan yang berlangsung dalam tiga siri kejuaraan akan memberikan banyak aksi yang dijangka menarik perhatian peminat lama dan baru untuk menyaksikan F1. Ramai peminat pasti tidak sabar menantikan keputusan perlumbaan pusingan ketiga nanti.

Siapakah paling cemerlang musim ini? Hamilton atau Verstappen?

Adakah Max Verstappen mampu mendominasi pusingan tersebut dan mendahului ranking keseluruhan? Apakah tindakan dan strategi bakal digunakan pasukan Mercedes bagi meneruskan kemenangan musim ini?

Peminat setia Hamilton pasti mengharapkan pelumba tersebut mengukir sejarah baharu sebagai pemegang kejuaraan dunia F1 paling banyak pada musim 2021 ini. Ini kerana Hamilton tidak memulakan musim ini dengan baik hingga menimbulkan banyak spekulasi mengenai statusnya sebagai pelumba Mercedes.

Kepada peminat F1, jangan lupa saksikan aksi-aksi menarik GP Portugal yang akan berlangsung 30 April-2 Mei ini.

BACA >>> Kanak-Kanak Ini Tengok F1 Secara Langsung dari Belakang Rumah Je...
BACA >>> Lumba Drag Ducati Panigale V4 S vs BMW X5 M Competition, Siapa Makan Asap?

Related

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autotainment, F1, F1 2021, Formula Satu (F1), Lewis Hamilton, Lumba F1, lumba kereta, Max Verstappen, Mercedes, sukan permotoran, Williams-Mercedes

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev