• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Netizen Sokong Mat Motor Lari Roadblock, Rakyat Dah Tak Hormat Polis?

Netizen Sokong Mat Motor Lari Roadblock, Rakyat Dah Tak Hormat Polis?

April 27, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

39.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMALAM, tular video di Twitter yang menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal beraksi liar cuba melepaskan diri daripada sekatan jalan raya dilakukan polis selepas plaza tol di sebuah lebuh raya.

Video tersebut mendapat hampir 2,000 twit semula dan lebih 200,000 tontonan.

Apa dapat dilihat daripada video dimuat naik @SanjeevanSS, sekumpulan mat motor itu bukan saja enggan berhenti di sekatan jalan raya, tetapi salah seorang daripada mereka siap melakukan aksi wheelie.

Apa komen netizen? pic.twitter.com/6MRGSfBl9e

— DSSR (@SanjeevanSS) April 26, 2021

Seorang anggota polis turut dirakamkan cuba menghalang mat motor yang melarikan diri dengan mencampakkan kon ke arah tayar motosikal, tetapi tidak mengena. Ini juga tindakan berbahaya kerana jika kon terkena tayar, mangsa boleh terjatuh dan cedera, atau berisiko dilanggar kereta dari belakang. 

Apa mengejutkan adalah reaksi netizen mengenai video tersebut yang menyokong apa dilakukan kumpulan mat motor itu dengan menyatakan rakyat sudah mula hilang hormat kepada polis.

Semuanya gara-gara pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) double standard atau pilih bulu yang lebih memihak kepada golongan kenamaan (VIP).

Apapun, aksi ditunjukkan kumpulan mat motor tersebut tidak sepatutnya dicontohi sama sekali kerana bukan saja membahayakan diri, tetapi juga pengguna jalan raya lain, termasuk anggota polis bertugas. Apatah lagi melakukan aksi berbentuk provokasi yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Jadi, berilah kerjasama yang baik setiap kali melalui sekatan jalan raya.

BACA >>> #Tular: Netizen Syak Pemandu 'Kancil Lejen' Perisik Polis
BACA >>> #Tular: Empat Samseng Civic Serang Myvi Kena Cekup, Sah Positif Dadah

Related

39.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: mat rempit, netizen, PDRM, polis, Roadblock, tular, Twitter, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev