• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Maut Akibat Beg Udara Meletup, Honda Panggil Balik Lebih 100 Kali, Tapi Tidak Dipeduli

Maut Akibat Beg Udara Meletup, Honda Panggil Balik Lebih 100 Kali, Tapi Tidak Dipeduli

April 26, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

229
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG pemandu maut di Amerika Syarikat (AS) akibat inflator beg udara Takata meletup yang menjadikan jumlah kematian disebabkan masalah sama sebanyak 19 orang.

Mangsa ialah Rekeyon Barnette yang memandu kereta jenis Honda Accord (2002), dan menurut pengeluar, pemilik kenderaan sudahpun diarahkan menyelesaikan masalah tersebut lebih 100 kali sejak 2011. 

rekeyon-barnette
2002_honda_accord_ex_v6-pic-7710467893456213183-640x480

Insiden berlaku 9 Januari lalu ketika Barnette membelok ke kiri simpang di Lancaster, South Carolina, AS sebelum berlaku perlanggaran yang menyebabkan beg udara keretanya meletus, sekali gus membuatkan mangsa parah, terutama bahagian bawah muka.

Pada minggu lalu, Honda dan Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) selesai melakukan siasatan terhadap kes berkenaan dan mengesahkan kematian mangsa berpunca daripada inflator beg udara meletup. 

Honda turut mendedahkan, Accord dipandu mangsa sudah diberikan notis dipanggil balik sejak Jun 2011, tetapi tidak pernah dibaik pulih. Malah, lebih 100 kali cubaan dilakukan untuk menghubungi mangsa sama ada melalui surat notis, panggilan telefon, e-mel dan lawatan secara bersemuka.

Accord itu juga sudah beberapa kali bertukar pemilik. Paling terkini, kereta tersebut dibeli pada Oktober 2020 dan mendapat notis panggil balik pada 17 November tahun sama. Namun, kenderaan itu masih tidak pernah dihantar ke pusat servis Honda untuk ditukarkan inflator beg udara. 

Apa menyedihkan, Barnette bukan pemilik berdaftar kereta tersebut. Tiada kepastian sama ada dia sedar situasi sebenar kondisi beg udara kereta dipandunya, atau tidak. 

BACA >>> Honda Rancang Tamatkan Jualan Kenderaan Enjin Petrol, Diesel Menjelang 2040
BACA >>> #PanduUji: Honda City (2020) Varian V, Masihkah Sedan Segmen-B Terbaik?

SUMBER: Jalopnik

Related

229
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: america, Honda, Honda Accord, Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), Rekeyon Barnette, Takata, takata airbag, USA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
    #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
  • KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
    KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
  • Jenama Kove Rasmi Masuk Malaysia, Lancar 450R dan 800X GT, Harga Mula RM33,888
    Jenama Kove Rasmi Masuk Malaysia, Lancar 450R dan 800X GT, Harga Mula RM33,888
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev