• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Polo (2021) Facelift Didedah, Rupa Lebih Matang, Mirip Golf!

Volkswagen Polo (2021) Facelift Didedah, Rupa Lebih Matang, Mirip Golf!

April 26, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

532
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN memperkenalkan Polo (2021) versi dipertingkat (facelift) untuk pasaran global dengan menampilkan rekabentuk mirip rupa abangnya, Golf 8 dengan teknologi ditambah baik, termasuk unit infotainment dikemas kini. 

Bagaimanapun, tiada butiran lengkap didedahkan mengenai Polo generasi keenam ini seperti perincian enjin, varian dan harga, dan dijangka dimaklumkan pada hari pelancaran hatchback subkompak itu.

Berikut serba sedikit ciri menarik mengenai Polo (2021) facelift:

  • Ada tiga pilihan varian didedahkan, dijangka sama seperti Golf 8, iaitu Life, Style dan R-Line.
  • Varian aras mula dikuasakan enjin 3-silinder 1.0L aspirasi natural (NA) berkuasa 80hp, manakala dua lagi ialah varian pengecas turbo TSI berkuasa 95hp dan 109hp. Varian paling berkuasa akan menggunakan transmisi dual-klac (DCT) DSG sebagai standard.

  • Hadir dengan rekabentuk bampar dan lampu depan LED baharu mirip Golf. Ini dapat dilihat melalui strip LED yang memanjang bawah lampu depan serta dipisahkan logo Volkswagen di tengah gril.

  • Lampu belakang LED juga mirip Golf dengan logo di tengah pintu but dengan dua garis badan melintang sepanjang pintu but. Di bawah logo tertera perkataan POLO. 
  • Rekabentuk difuser dan bampar juga diperbaharui dengan dwi-ekzos di kiri dan kanan.

  • Kluster instrumen menggunakan paparan digital. Varian asas menerima skrin 8 inci, manakala varian lebih tinggi dilengkapi Digital Cockpit Pro 10.25 inci.
  • Unit infotainment menawarkan pilihan saiz skrin sentuh antara 6.5, 8 dan 9.2 inci dengan konektiviti Apple CarPlay, Android Auto dan aplikasi Volkswagen We Connect. 
  • Butang dan tombol penyaman udara dan lain-lain kini digantikan dengan panel sentuh. Namun, masih ada varian menawarkan tombol tradisional.

BACA >>> SUV 7-Kerusi Volkswagen Tiguan Allspace Lancar di Malaysia, Harga Mula RM165k!
BACA >>> Volkswagen Mengaku Berbaloi Buat Helah April Fool Tukar Nama Voltswagen

SUMBER: Car Magazine

Related

532
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: hatchback, hatchback segmen-B, hatchback subkompak, Polo, polo gti, polo tsi, Roda4, Volkswagen, Volkswagen Golf, Volkswagen Polo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my