• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rossi Kesal Tak Menang 2006, Dakwa Dihalang Jadi Juara 2015

Rossi Kesal Tak Menang 2006, Dakwa Dihalang Jadi Juara 2015

April 23, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

449
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA legenda MotoGP, Valentino Rossi masih belum puas bersaing dalam kejohanan tertinggi itu. Malah, beliau teruja menunggu ketibaan setiap perlumbaan Ahad dengan penuh keterujaan walaupun sudah berlumba 26 tahun lama. 

Namun, keterujaan tersebut tetap tidak dapat menyelamatkan Rossi daripada kritikan. Apatah lagi dengan prestasi kurang memuaskan sepanjang tiga perlumbaan pertama berlangsung setakat ini. 

Bagaimanapun, semua kritikan diterima itu tidak pernah mematahkan semangat The Doctor. Dalam temu bual dengan portal sukan Itali, Gazzetta dello Sport, Rossi menjelaskan sebab dia masih ingin berlumba. 

Rossi, 42, mengaku masih sukakan perasaan adrenalin ketika perlumbaan, dan juga sedar suatu masa nanti akan tewas dengan masa (usia). Namun, beliau menegaskan mahu mengerah sepenuh kudratnya untuk kekal bersaing selama mungkin. 

Menurutnya;

Masa aku join balik Yamaha pada 2013, ramai ingat aku dah tak boleh fight. Tapi, kalau depa tak sailang Kejuaraan Dunia daripada aku pada 2015, aku patut dah menang 10 kali kot.”

Rossi juga meluahkan kekesalan pada aksi GP Valencia 2006 yang mana beliau melepaskan peluang terbaik menjadi juara keseluruhan (dipintas pelumba Amerika Syarikat, Nicky Hayden). Pelumba Itali itu turut menggelarkan musim 2015 sebagai satu 'rompakan'. Pada tahun itu, Rossi tewas kepada rakan pasukan, Jorge Lorenzo dengan beza lima mata sahaja. 

Walaupun prestasi mula merudum, tiada siapa boleh menafikan Rossi sebagai ikon MotoGP dan perkara ini diakui beliau sendiri 😑. Pelumba veteran itu percaya dirinya ialah pelumba MotoGP moden pertama dan banyak perkara dilakukannya kini menjadi ikutan pelumba muda lain.

BACA >>> Rossi: "Aku Tak Tau Apa Jadi"
BACA >>> Lorenzo Kecewa Aksi Rossi di Qatar, Yakin Bangkit di Jerez

SUMBER: gpone.com

Related

449
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: MotoGP, Petronas Yamaha SRT, The Doctor, Valentino Rossi, VR46, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev