• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM 890 Duke Tech 3 Limited Edition (2021) dengan Seragam Gaya MotoGP, Harga RM57k!

KTM 890 Duke Tech 3 Limited Edition (2021) dengan Seragam Gaya MotoGP, Harga RM57k!

April 23, 2021 By Shawkath Leave a Comment

211
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM memperkenalkan varian KTM 890 Duke Tech 3 Limited Edition (2021) yang tampil dengan seragam mirip jentera lumba pasukan Tech3 KTM Factory Racing yang beraksi dalam Kejuaraan Dunia MotoGP.

Hanya 100 unit dikeluarkan yang ditawarkan bersama pakej aksesori aftermarket dan dijual pada harga €11,690 (RM57,750).

Berikut perincian 890 Duke Tech 3 Limited Edition (2021):

  • Trenkuasa LC8c 4-lejang 8-injap 889cc Parallel-Twin penyejukan cecair yang ditala semula untuk meledakkan kuasa setinggi 115hp dan tork 92Nm. Bagaimanapun, output kuasa ini lebih rendah daripada Duke R (121hp).
  • Ada empat mod pemetaan enjin yang boleh dipilih mengikut persekitaran tunggangan:
    • Rain (hujan) - Respons terotel lancar, Kawalan Traksi (TC) maksimum, kuasa dikurangkan dan ciri anti-wheelie diaktifkan.
    • Street (jalan biasa) - Respons terotel standard, TC normal, kuasa penuh dan anti-wheelie aktif.
    • Sport - Respons lebih sporty, TC dikurangkan, kuasa output kekal penuh tetapi masih berkuasa penuh dan anti-wheelie aktif.
    • Track - Opsyen tambahan kepada penunggang yang mahu merasai potensi sebenar 890 Duke. Sesuai untuk perlumbaan seperti Time-Attack.
  • Ada komponen aftermarket iaitu kowl bawah enjin, sistem ekzos Akrapovic, dan kowl pelana pembonceng, sama seperti 890 Duke R.
  • Naked bike ini dibangunkan berasaskan varian 890 Duke standard dengan frem keluli dan subfrem aluminium. Tiada penutup plastik digunakan pada sisi belakang atau braket tambahan.
  • Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) 43mm Apex di depan dan monoshock (belakang), manakala tinggi pelana 820mm.
  • Bahagian roda menggunakan dwi-brek cakera 300mm di depan dan cakera tunggal 240mm di belakang yang setiap satu dipadankan kaliper brek dwi-piston. Tambahan lain ialah ABS Belok (ABS Cornering).
  • Tawaran eksklusif ini hanya dikhaskan kepada pelanggan KTM di Perancis (Tech3 berasal dari Perancis). Model edisi terhad ini juga lebih mahal €1,300 (RM6,430) daripada 890 Duke.

BACA >>> KTM 890 Adventure R (2021) Serba Baharu Lancar
BACA >>> KTM 1290 Super Duke RR (2021) Edisi Terhad Habis Jual dalam Masa 48 Minit

KTM 890 Duke R Tech 3-02
KTM 890 Duke R Tech 3-01
duke 890 1
duke 890 3
duke 890
engine
ktm-890-duke-tech-3-motogp-replicaedition-1
KTM 890 Duke R Tech 3

SUMBER: VisorDown

Related

211
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 890 Duke, KTM 890 Duke Tech 3 Limited Edition, KTM 890 Duke?, naked bike, roda2, Tech3 KTM Factory Racing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev