• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda HR-V (2022) Lancar di Jepun, Harga Mula RM86.6k!

Honda HR-V (2022) Lancar di Jepun, Harga Mula RM86.6k!

April 23, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

948
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS diperkenalkan secara global di Jepun pada Februari lalu, Honda akhirnya melancarkan HR-V generasi ketiga secara rasmi di Jepun hari ini. Honda HR-V dikenali sebagai Vezel untuk pasaran Jepun dan ditawarkan dalam dua jenis trenkuasa, petrol dan e:HEV hibrid.

Honda HR-V (2022) dijual dengan harga bermula dari 2,279,200 yen (RM86,600) untuk varian terendah hingga 3,298,900 yen (RM125,300) untuk varian tertinggi. 

Berikut ciri menarik Honda HR-V (2022):

  • Varian petrol dikuasakan enjin 1.5L aspirasi natural (NA) i-VTEC DOHC berkuasa 116hp @ 6,600rpm dan tork 142Nm @ 4,300rpm serta dipadankan transmisi automatik CVT. 
  • Varian hibrid e:HEV menggunakan dwi-motor eletrik dan bateri litium-ion dengan enjin petrol 1.5L berkuasa 131hp dan tork 253Nm.
  • Hadir dengan rekabentuk serba baharu yang lebih matang dan aerodinamik berbanding versi terdahulu. Lampu depan jenis LED, dipadankan dengan gril besar dan bampar minimalis.
  • Bahagian sisi menampilkan garisan bumbung landai ke belakang ala coupe dengan rim sport 18 inci sebagai standard untuk semua varian. Ada spoiler kecil dipasangkan pada bumbung belakang dengan strip LED yang melintang sepanjang pintu but. 

  • Rekaan dalaman tampil minimalis dengan ventilator penyaman udara direka dalam bentuk memanjang sepanjang papan pemuka.
  • Dilengkapkan unit infotainment skrin sentuh 9 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. Varian hibrid e:HEV pula mendapat paparan kluster instrumen digital 7 inci.
  • Dibekalkan sistem bantuan pemandu, Honda Sensing sebagai ciri standard, terdiri daripada Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Susur Halaju-Perlahan (LSF), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS), Amaran Tukar Lorong (LDW), Mitigasi Tukar Jalan (RDM), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS) dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB).

BACA >>> SUV e:Prototype Diperkenal, Bakal Jadi Model Elektrik Pertama Honda di China
BACA >>> Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!

SUMBER: carwow.co.uk

Related

948
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Crossover, Honda, Honda HR-V, Honda Jepun, Honda Vezel, Jepun, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), SUV, suv b-segment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev