• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Martin Selamat Bedah, Terlepas Dua Pusingan MotoGP

Martin Selamat Bedah, Terlepas Dua Pusingan MotoGP

April 23, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

34
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA Pramac Racing, Jorge Martin yang mengalami kemalangan di GP Portugal minggu lalu selamat menjalani pembedahan.

Pembedahan itu dilakukan tiga doktor pakar, iaitu Dr Xavier Mir, Dr David Campillo dan Dr Joan Carles Monllau di Jabatan Traumatologi, Hospital Universiti Dexeus, Barcelona, Sepanyol.

Walaupun pembedahan berjaya, Martin masih perlu berada di bawah pemantauan hospital untuk tempoh 72 jam dan berehat beberapa hari. Selepas tempoh itu selesai, barulah dia boleh memulakan proses pemulihan. 

Las 3 operaciones han salido perfectas. Gracias a los doctores Mir, Jimeno, Campillo, Monllau y sus equipos. ¡Empieza la cuenta atrás!// 3 surgeries went perfect. The count down begins! pic.twitter.com/mf5YkmaINn

— JorgeMartínAlmoguera (@88jorgemartin) April 21, 2021

Masa yang diperlukan Martin untuk benar-benar sembuh akan membuatkan dia terlepas sekurang-kurangnya dua pusingan MotoGP, iaitu GP Sepanyol di Jerez dan GP Perancis di Le Mans. Penunggang Sepanyol itu kini mensasarkan kembali berlumba dalam GP Itali di Mugello.

Pembedahan dilakukan untuk merawat beberapa tulang yang patah. Antara bahagian anggota badan terlibat ialah pergelangan tangan kanan dan buku lali kanan. Juga ada beberapa tulang lain tetapi tidak memerlukan pembedahan seperti lutut kiri dan pergelangan tangan kiri.

Setakat ini, belum ada kepastian sama ada pengganti sementara Martin di GP Sepanyol, Tito Rabat akan terus berlumba di Le Mans, atau digantikan penunggang uji Ducati, Michele Pirro.

BACA >>> Pramac Racing Pilih Tito Rabat Ganti Jorge Martin untuk GP Sepanyol
BACA >>> Yamaha NMAX 125 (2020) Jadi Skuter Rasmi MotoGP

SUMBER: Crash.net

Related

34
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jerez, jorge martin, Le Mans, michele pirro, MotoGP, Mugello, Pramac Ducati, tito rabat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev