• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Tular: Netizen Syak Pemandu 'Kancil Lejen' Perisik Polis

#Tular: Netizen Syak Pemandu 'Kancil Lejen' Perisik Polis

April 23, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

811
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA 'Kancil Lejen' yang pernah menjadi buah mulut netizen suatu masa dulu kini tular kembali. Kereta itu dilihat dipandu atas jalan sekitar Kepong hingga mendapat perhatian Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng. 

Dipetik daripada status di Facebook, Lip Eng meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan pemandu kereta itu dan pengguna jalan raya lain berikutan kondisi kereta tersebut yang sangat uzur dan tidak sesuai lagi digunakan atas jalan raya. Tambahan lagi keadaan lalu lintas di Kepong sentiasa sibuk. 

Ahli Parlimen Kepong itu turut memaklumkan beliau sudah melaporkan isu berkenaan kepada pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Lokasi kereta juga sudah dikenal pasti dan akan ditunda dalam masa terdekat. 

BUKAN SATU SAJA 'KANCIL LEJEN'?

Rupanya, pemilik kereta itu, yang berusia lingkungan 40-an, pernah menggunakan dua Kancil lain. Maknanya ada dua 'Kancil Lejen' dan kedua-dua kereta itu pun sudah ditahan. Sebuah kereta dilupuskan dan satu lagi berada di stor Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak. 

Antara komen warga netizen TikTok.

Pada masa sama, kejadian yang berulang-kali berlaku itu turut mencetuskan khabar angin dalam kalangan netizen TikTok mengenai identiti sebenar pemilik kereta berkenaan.

Ada yang mendakwa pemilik 'Kancil Lejen' itu ialah perisik ataupun ‘spy’ sama ada daripada Polis atau Kerajaan. Bagaimanapun, kenyataan itu cuma cakap-cakap di media sosial saja tanpa bukti berasas. Kata orang, dengar boleh, percaya jangan…

BACA >>> #Tular: Empat Samseng Civic Serang Myvi Kena Cekup, Sah Positif Dadah
BACA >>> Angkara Google Maps, Pengantin Lelaki Silap Hantar Hantaran ke Rumah Orang Bertunang

@gurkhalimachaWhen the rich gets richer, and the poor gets poorer! As long as it takes you from Point A to Point B. ##malaysia♬ original sound - Gurkhali Macha

SUMBER: Sinar Harian | FB Lim Lip Eng

Related

811
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ahli Parlimen Kepong, Kancil Barai, kancil lejen, kepong, Lim Lip Eng, Perodua, Perodua Kancil, tular, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev