YAMAHA dan Dorna Sports menandatangani perjanjian baru yang menyaksikan pengeluar motosikal Jepun itu terus menjadi pembekal skuter rasmi untuk Kejuaraan Dunia MotoGP, dan model untuk musim ini ialah NMAX 125 (2020).
Perjanjian baharu itu menyatakan Yamaha akan membekalkan 25 unit skuter NMAX 125 (2020) untuk kegunaan staf dan krew MotoGP sepanjang musim ini. Skuter tersebut kali pertama digunakan pada GP Portugal minggu lalu di litar Portimao.
Pemilihan Yamaha sebagai pembekal skuter rasmi bermula sejak 2005 berdasarkan produk Yamaha yang terbukti reliabel, sekali gus membuatkan Dorna Sports senang hati untuk terus menyambung kerjasama itu yang sudah berjalan selama 16 tahun.
Perkara itu dimaklumkan sendiri Pengarah Pengurusan Dorna Sports, Pau Serracanta yang mengakui syarikat motosikal Jepun itu membekalkan skuter berkualiti. Malah, beliau sendiri teruja hendak menunggang NMAX 125 (2020) pada pusingan MotoGP akan datang.
Model NMAX versi Malaysia didatangkan dengan enjin 155cc dengan teknologi VVA dan Blue Core berkuasa 14.8hp @ 8,000rpm dan tork 14.4Nm @ 6,000rpm.
Skuter ini dipilih kerana menawarkan prestasi lincah dan stabil serta memiliki ruang simpanan besar dengan rekabentuk DNA Yamaha yang sporty dan sesuai digunakan dalam padok MotoGP. Malah NMAX juga menjadi model skuter yang laris di Eropah dan Asia, termasuk Malaysia.
NMAX 125 (2020) akan terus digunakan sepanjang saingan MotoGP musim ini.
BACA >>> HLYM Lancar Yamaha NMAX V2 (2020), Harga RM8.9k!
BACA >>> BMW M1000RR Jadi 'Safety Bike' untuk MotoGP 2021
SUMBER: MotoGP.com
Leave a Reply