• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Audi A6 E-Tron Concept - Kereta Elektrik Masa Depan dengan Warna Elak Panas

Audi A6 E-Tron Concept - Kereta Elektrik Masa Depan dengan Warna Elak Panas

April 21, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

97
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AUDI tidak ketinggalan memperkenalkan model konsep terbaharu sempena Pameran Auto Shanghai 2021 di China, iaitu Audi A6 E-Tron Concept, iaitu model pertama dibina atas platform modular dinamakan Elektrik Premium Platform (PPE) yang dibangunkan Audi bersama Porsche untuk kenderaan elektrik (EV) akan datang. 

Walaupun rupa kereta ini sangat cantik, perkara paling menarik perhatian ialah cat digunakan. Warna Heliosilver (perak) pada A6 E-Tron Concept itu lebih daripada sekadar cat. Ia mampu memantulkan peratusan besar radiasi suhu matahari, sekali gus mengurangkan kesan haba, terutama ruang kabin. 

Hasilnya, ruang kabin jadi kurang panas ketika cuaca terik dan penyaman udara tidak diperlukan untuk menyejukkan kereta. Bateri kereta juga boleh dijimatkan kerana penyaman udara memerlukan banyak tenaga untuk menyejukkan bahagian dalaman. Fungsi ini pastinya sangat sesuai dengan iklim Tropika seperti negara kita. 

Selain warna, berikut perkara menarik lain yang ada pada A6 E-Tron Concept:

  • Model ini menggunakan dua motor elektrik pacuan empat roda berkuasa 476hp dan tork 800Nm. Varian paling berkuasa dikatakan mampu memecut 0-100kmj dalam masa kurang 4 saat.
  • Bateri 100kWh membolehkan kereta ini dipandu lebih 700km, yang juga jarak paling jauh untuk kereta elektrik Audi setakat ini.
  • Masa diambil untuk mengecas bateri 5 peratus hingga 80 peratus hanya 25 minit, manakala pengecasan 10 minit menambahkan jarak pemanduan 300km.
  • Platform PPE menampilkan suspensi unik dengan tetapan lima pautan (five-link) untuk suspensi depan dan multi-link untuk suspensi belakang. Kedua-duanya boleh dikawal dengan suspensi udara adaptif.

  • Lampu depan matriks LED datang dengan fungsi projektor. Ini bermakna pemandu boleh bermain permainan video yang dipaparkan terus ke dinding di depan kereta seperti skrin TV sambil mengecas tanpa perlu lagi menggunakan unit infotainment. 

  • Lampu belakang menggunakan teknologi OLED yang melintang sepanjang pinitu but. Pemandu boleh membuat sendiri animasi dan tetapan lampu belakang. 
  • Fungsi projektor turut ada pada bahagian sisi kereta untuk memancarkan imej di lantai. Ciri ini boleh digunakan untuk memberikan amaran kepada penunggang basikal jika penumpang mahu keluar dari kereta.

Bagaimanapun, tidak semua teknologi ini akan dikekalkan pada model pengeluaran akhir. A6 E-Tron Concept dijangka lancar pada 2022 dan mula dijual tahun berikutnya.

BACA >>> Susah Lepasi Regulasi Emisi, Audi Putus Asa Bangunkan Enjin Pembakaran Dalaman
BACA >>> Masalah Beg Udara, Audi AS Panggil Balik 153,152 Kereta

SUMBER: autoexpress.co.uk | roadandtrack.com

Related

97
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Audi, audi a6 e-tron, Audi A6 E-Tron Concept, concept car, Elektrik Premium Platform (PPE), EV, Kereta Elektrik Konsep, model konsep, Premium Platform Electric, Roda4, shanghai auto

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev